Wednesday, October 11, 2017

PRU 14 : DAP Guna ‘Senjata’ Israel & Tokoh Melayu Rampas Putrajaya.


AIDCNews -10/10/17-Demi mencapai cita-cita DAP untuk menawan Putrajaya pada PRU 14, penasihat parti itu, Lim Kit Siang telah menggunakan dua ‘senjata’ utama secara serentak, iaitu antarabangsa dan nasional.
‘Senjata’ antarabangsa adalah mendapatkan bantuan dan kepakaran daripada Israel, sebagaimana yang pernah didedahkan bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali Abdul Rahman.
Manakala ‘senjata’ di peringkat nasional pula adalah menonjolkan tokoh Melayu sebagai ketua pembangkang apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dipilih sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH).
“Inilah percubaan konklusif yang dilakukan kerajaan Israel menggunakan parti pembangkang Malaysia untuk menjatuhkan kerajaan BN yang memerintah seperti mana yang pernah mereka lakukan di kebanyakan negara untuk keuntungan ekonomi, Thailand juga tidak ketinggalan, ” ulas Jay Hashimm dalam Facebook.
Jay Hashimm membuat kenyataan itu sebagai mengulas kupasan Arthur Sim yang menegaskan cara berpolitik DAP jika tidak dibendung bakal memudaratkan masa depan kaum Cina di negara ini dalam jangka panjang, sebagaimana yang pernah berlaku di Indonesia.
“Arthur Sim menulis dengan baik, membangkitkan isu penting tentang kepelbagai kerja-kerja licik pemimpin DAP yang mempunyai kaitan dengan Kedutaan Israel di Singapura yang bertujuan untuk menggulingkan kerajaan pemerintah BN …. menggunakan pemimpin-pemimpin Melayu dari parti-parti pembangkang untuk melancarkan penipuan-penipuan yang dicipta terhadap pemikiran rakyat,” ulas Jay Hashimm.
Menurutnya, dengan menonjolkan Dr Mahathir yang sebelum ini dikenali sebagai pelampau Melayu sepertimana dalam tulisannya ‘Malay Dilema’ akan menenggelamkan dilema DAP khususnya berkaitan dengan asal usul Kit Siang.
“Di bawah Perlembagaan Malaysia Perkara 160, setiap Ahli Parlimen atau wakil rakyat mestilah kelahiran Malaysia, namun sehingga ke hari ini Kit Siang enggan mengemukakan bukti bersumpah secara bertulis tentang tempat kelahirannya apabila terdapat bukti yang mendakwa dia dilahirkan di Fujian, China.
“kemudian penggodam Israel telah mengubah kelahirannya di China diganti dengan Batu Pahat Malaysia, maka dia sewajarnya perlu melepaskan tugasnya sebagai Ahli Parlimen dan wakil rakyat dengan segera,”ulasnya lagi.

4 comments:

Anonymous said...

COPY PASTE DARI ISMAWEB DIBAWAH

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

Anonymous said...

Tengok blog ni pun dok promote jadi KULI kepada orang kafir dan Zionist di Australia dan New Zealand, kenapa tak promote pergi ke MEsir, Turkey atau Iran, kutip Buah Tamar atau kutip kapas. Tak malu ker? Cakap penjuang Islam berdegar2, tapi kenapa terpaksa meminta ihsan kerja dengan orang Kafir. Malu nak mengakulah yang PAS dan UMNO gagal menyediakan pekerjaan kepada orang Islam. Setakat suruh graduan jadi pemandu UBER, cuci Jamban, tanam jagung dan buka kedai tepi longkang, itu bukan ekonomi Mampam Pak Lebai Oiii.

Kata Trump, Orang Islam adalah LOSER !

Anonymous said...

Yang Menjatuhkan Islam adalah orang Islam Sendiri. Bukan Kafir Zionist dan Kristian atau Orang China DAP.

Budaya Rasuah, Pemerintah Yang Zalim, Berpecah belah sebab Mahzab dan ideology politik, Pemerintah Salah Guna Kuasa dan Klepet Harta Rakyat, Ulamak yang memperbodohkan Umat, Sikap Pemalas orang Islam yag sikit menyalahkan takdir, Tiada Inovasi, Jumud Dan Tiada Daya Saing.

KIta kena contohi Israel dan Singapore. Israel walaupun di asak musuh dari arah kiri-kanan, depan belakang, mereka terus Maju, rakyatnya hidup selesa dan berkualiti.

Sedihnya, bila tengok ramainya Orang Palestine dan Malaysia terpaksa menjadi KULI kepada Bangsa China dan Zionist. Hampir kesemua buruh kasar yang buat menial jobs termasuk kerja cuci jamban di Singapore dan Israel adalah orang islam.

Baru2 ini, Isreal tutup sempadan 10 hari kerana cuti keagamaan, Orang Palestine dah meroyan. Ekonomi Palestine murundum. Geli Hati bila HAMAS pun kata Israel menindas Buruh Palestine.

Yang DAJAL Bukan Israel, tapi Pemerintah Negara Islam Sendiri. Rakyat Menentang Pemerintahan Islam bila Pemerintah Islam tidak mampu memerintah Negara. Kesemua Pemrintah Islam tiada ilmu dan Inovasi umtuk memajukan ekonomi Negara.

Negara Islam seperti Mesir, Saudia Sudan, Yemen, Pakistan, Bangladesh, Indonesia, Algeria, Chad, Mali, Comoros, Gambia, Guinea adalah Fail Stated. Rakyat hidup macam Neraka, kais Pagi Makan Pagi. Persikitaran tempat tinggal dan Bandar di Negara2 Islam sangat Kotor . Tempat Lupus sampah di Australia dan UK lagi teratur dan bersih dari Bandar Cairo, Dhaka, Lahore dan Jakarta.

Iraq, Afghanistan, Somalia dan Syria terus jahanam. Orang Politik dan Ulamak terus tanam hasutan sesame umat supaya benci-membenci dan berbunuh sama sendiri.

Orang Tua kita dah pesan, selagi kita asyik salahkan orang lain, selagi itu kita tidak maju dan berjaya. Kenali kelemahan sendiri, cuba atasi kelemahan kita. Kalau kita kuat macam Yahudi, walaupun diasak musuh depan-belakang, kiri kanan, kita tetap menang dan maju gemilang.

Janganlah dok salahkan Penjajah, Semua Bangsa di Dunia pernah dijajah. British dan Peranchis pernah oleh orang Roman. Jerman dan Russia pernah dijajah oleh orang Tatar. China di jajah Mongol dan Jepun. Tapi mereka sekarang bangun dan gemilang, walaupun dijajah beratus tahun

Anonymous said...

umumnya rakyat malaysia memang mempunyai maklumat seperti yang dijelaskan saudara tapi tidaklah sampai nak membincangkan perkara ini di media sosial yang terbuka seperti ini.
salurkan terus kepada pihak2 yang mempunyai ruang atau authoriti medan perbincangan seperti ngo2 tertentu atau mp2 yang boleh dipercayai untuk dibahaskan di parlimen dan sebagainya.
saudara juga wajarlah menyediakan cadangan2 yang boleh membantu menyelesaikan permasalahan orang islam seperti yang saudara sebutkan.saya menyokong saudara untuk pembangunan ummah tetapi bukan penghinaan kepada umat islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails