Saturday, October 14, 2017

P/Pinang Takdak Balak Pun Banjir. Mana Profesiaonalnya?

 KEADAAN banjir di Jalan P Ramlee di Georgetown, hari ini. - Foto BERNAMA

GEORGETOWN: Penduduk yang terjejas akibat banjir kilat di Jalan P Ramlee di sini, mula membersihkan kediaman masing-masing selepas air surut, pagi tadi.
Tinjauan BH mendapati, penduduk yang terjejas teruk di sekitar Jalan P Ramlee di sini, mula membersihkan kawasan kediaman masing-masing selepas banjir surut sepenuhnya kira-kira jam 10 pagi.
Penduduk, Yusof Rawana, 63, berkata dia bersyukur apabila banjir kilat kali ini tidak seburuk 29 Oktober lalu, yang menyebabkan banyak peralatan rumahnya rosak.
"Kali ini saya sempat menyelamatkan peralatan dan barangan rumah dengan meletakkannya di tempat tinggi.
"Paras air kali ini tidak seteruk minggu lalu dan tahun ini sahaja sudah lima kali banjir kilat berlaku di kawasan rumah saya," katanya ketika ditemui BH di Jalan P Ramlee, di sini, hari ini.
Kejadian hujan lebat yang berterusan kira-kira enam jam bermula jam 3 pagi tadi, menyebabkan kawasan di Jalan P Ramlee, Jalan Pattani dan Teluk Bahang dinaiki air hingga hampir 0.8 meter.
Cuaca buruk itu menyebabkan tanah runtuh dan pokok tumbang, selain kesesakan lalu lintas di sekitar bandaraya ini, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dulu kata Kelantan banjir kerana proses penebangan balak. Ai, lani PP takdak balak pun banjir juga? Mana yang kononnya profesional sangat. Boleh belah!! Tolenji...

4 comments:

Tinta Mohd Yusri said...

Ko nak cerita beza pasal banjir di Pulau Pinang..tpi x da fakta kenapa berlaku banjir.. Bodoh

Anonymous said...

Buktikan, mana profesionalnya kerajaan Neger PP?
Banjir dah masuk rumah rakyat, lu masih tanya fakta?
Betul la lu balaci alias barua DAP..

Anonymous said...

Membalak tidak menyebabkan Banjir.

Lagi pun mana ada sanad yang Mengharamkan kita Membalak. Halal tu !

Banyak lagi Hutan kat Kelantan. Jom kita tebang semua pokok2 kat sana. Jangan tinggal satu pokok pun, Semua kita jadikan Balak.

Kita jadikan Kelantan Negeri Padang Pasir, Barulah Serambi Mekah yang sohih. Tok Arab pun tak kekok bila berkunjung ke sana.

Penang pun Sama, Kita buang semua sampah-sarap dalam Longkang dan Sungai. Semua Gunung Kira Tarah, buat Condo.

Kita jadikan Penang macam Venice. Menjana Ekonomi tu. Pelancong Indon dan India yang miskin, yang tak mampu nak ke Italy, boleh acah2 Romantik naik rakit keliling Pulau. Yang tak kerja, tu boleh buat bines kayuh rakit.

Anonymous said...

Simple punya fakta, banjir di Pulau Pinang adalah sebab air laut pasang dan hujan turun serentak. Manakala banjir di Gua Musang Kelantan adalah dari kawasan tadahan rosak akibat pembalakan tak terancang. Jika nak salahkan Pulau Pinang kerana banjir kilat tersebut maka kena salahkan juga Kedah, Perlis dan Perak kerana negeri ini juga menghadapi fenomena air pasang dan hujan lebat serentak. Biarlah berhujah dengan fakta yang betul, bukan berdasarkan emosi dan kejahilan semata-mata. Mungkin kena tahu juga di Kedah juga mengalami banjir sehinggga sekarang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails