Monday, October 09, 2017

PPIM Bantu Doktor Gigi Palsu. Nama Islam, Tapi Tak Tahu Halal-haram..


PENGGUNA
BANGI, 18 Muharram 1439H, Ahad – Rata-rata pengguna laman sosial, terutama Facebook hari ini berang dan menyelar tindakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang membantu doktor gigi palsu dengan alasan wanita berkenaan teraniaya.
PPIM dan Team Dragon dilaporkan membantu mengumpul RM70,000 untuk membayar denda yang dikenakan kepada seorang wanita yang menjalankan perniagaan memasang pendakap gigi secara haram.
Nur Farahanis Ezzaty Adli, 20, merupakan graduan kolej vokasional diperintah membayar denda sebanyak RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas mengaku bersalah menjalankan perniagaan pergigian tanpa lesen di Bakti Homestay, Jalan Bukit Katil sejak Januari lalu.
Nur Farahanis didakwa hanya belajar menerusi Youtube sahaja cara-cara untuk memasang pendakap gigi sebelum membuka klinik pergigian.
“Shame on you #PPIM. Bela orang yang bersalah. Lepas ni lagi banyak kes FAKE BRACES. Good Job @PPIM. Nama je Persatuan Pengguna Islam Malaysia Tapi tak tahu beza HALAL dan HARAM dalam ISLAM,” luah Rezai’e Azlan Mulliadi dalam akaun Facebook miliknya.
Pemilik akaun Facebook lain, Nur Alwani Abd Aziz turut meluahkan rasa sebalnya terhadap tindakan PPIM membela doktor gigi palsu berkenaan.
“Ingat kami ni para dentist sengaja nak dengki2 ke? Fikir dululah nyawa. nk kena AIDS, HIV, HEPATITIS silakan. Tahu tak instrument yang doktor youtube2 ni pakai tak disteril pun! Hah eloklah. Kali ni PPIM pulak tolong kutip derma lepaskan malaun ni. Where is your integrity? #PPIM, siasat dulu. fahamkan dulu. jangan sampai penipu dan penganiaya orang ni dibela buta2!” katanya.
“Kemon la PPIM. Nak tolong pun tengok la kes. Jangan sebab family budak ni dah bayar korang, korang sanggup buat apa je. Ada sebab kenapa mahkamah jatuhkan denda yang tinggi.” Demikian pula luahan pemilik akaun facebook yang hanya dikenali sebagai Mat Yoe.
Rentetan isu doktor gigi ‘black market’ ini, halaman Facebook yang dikenali sebagai Public Health Malaysia menyiarkan satu kenyataan mengenai bahaya komplikasi memakai pendakap gigi palsu.
“Gigi merupakan satu struktur tubuh yang tiada galang ganti. Letaklah gantian gigi emas berlian sekalipun pasti tidak sama dengan gigi asal. Antara komplikasi Fake Braces yang biasa dilihat adalah gigi yang ‘terlajak tarik’sehingga menyebabkan akar gigi terdedah dan gigi longgar.
“Selain itu, gusi yang bengkak dan berdarah lebih mudah dijangkiti kuman. Kuman ini berisiko untuk masuk ke saluran darah dan menjelajah ke seluruh tubuh badan. Jika kuman tersebut terenap di injap jantung, struktur injap jantung boleh rosak dan menyebabkan sejenis penyakit injap jantung yang dikenali sebagai Infective Endocartis.
“Struktur injap jantung yang rosak mudah pecah dan serpihan tersebut akan dibawa ke otak lalu menyebabkan STROKE atau KEMATIAN!,” kata Public Health Malaysia.
Berikut kenyataan Ketua Unit Pergigian Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Malaysia (I-Medik),  Dr Nabilah Mohd Yaakob mengenai isu ‘fake brace’ atau pendakap palsu gigi, yang mana pesalah telah dijamin oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). 1. I-Medik berpendapat tindakan memberi perkhidmatan ‘braces’ tanpa daftar dan tanpa sijil kelayakan yang sah oleh sesiapa pun adalah bersalahan …Continue reading
(http://www.ismaweb.net)

1 comment:

Anonymous said...

Islam Tipu Islam,

Dah jadi Adat Melayu, semua ini takdir, Ujian Allah, Lebih parah, kaitkan Allah, Allah bagi Bala sebab duit tak kau halal, tu sebab kau dapat khifarah. kenapa yang ok jer !

Adat Melayu pun salah, Hari Raya nanti boleh minta maaf dan halalkan semua kesalahan zahir batin, segala dosa boleh dicuci dengan bermaafan. Senang2lah penyamun boleh jual agama.

Orang Islam ramai yang bodoh dan jahil, kalau Peyamun nak menipu, senang aja. Nak tipu orang Melayu, senang jer. Jaja ayat2 quran, makanan sunnah, penaung Tahfiz, Halal Toyibban & pembantu ekonomi orang Islam.

Bila Penyamun dah Nampak macam Mailaikat, jual apa sahaja, dari kosmetik, ubatan2,biawak padang pasir, minuman kesehatan, madu, ubatan sex, saham, MLM, semua Melayu akan beli.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails