Friday, October 13, 2017

Mayat Kassim Ahmad Dikebumikan Setelah Rujuk Mufti..


AIDCNews -12/10/17 -Disebabkan ada pihak pengurusan masjid menolak untuk menjalankan pengkebumian Dr Kassim Ahmad, urusan itu telah diambil alih oleh petugas PAS. Mayat Kasim Ahmad ditanam oleh sukarelawan PAS di Masjid Kelang Lama Kulim. Ada masjid yang tak mahu terima. Ada badan pengurusan mayat yang tak mahu terima.

“Petugas PAS terima setelah rujuk nasihat dari Mufti Kedah ((Datuk Syeikh Fadhil Awang),” lapor Facebook penyokong PAS, Walaun United. Tambahnya, jika petugas PAS tidak mengambil alih urusan itu, mayat Kassim akan dikebumi oleh pihak Kristian.
“Seorang paderi kristian datang ziarah mayat di kubur. Katanya sahabat Kasim Ahmad. Paderi ini akan ambil alih pengurusan mayat kalau semua pihak tak mahu terima…

“Tahniah Sukarelawan PAS !!Inilah sifat semula jadi kalian..
“Walaupun…dihina dicaci oleh golongan anti hadis dan penentang-penentangnya…Tapi hati kalian terlalu mulia…,”lapornya lagi.
Dua hari lalu, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kesal kerana Kassim meninggal dunia tanpa mendapat pengadilan Islam dengan tuduhan anti-hadis.

“Saya amat sedih dengan kematian kawan saya Kassim Ahmad. Kita kehilangan seorang tokoh yang berani dan berpegang kepada prinsip perjuangannya walau apa pun yang terjadi kepada dirinya, “kata Dr Mahathir dalam kenyataan media, merakamkan takziah atas pemergian Kassim.

Bukunya yang terkenal, “Hadis: Satu Penilaian Semula” yang terbit pada 1986 menyebabkan dirinya dicap sebagai anti hadis. Dalam satu wawancara pada Februari 2014 dengan portal berita The Malaysian Insider, yang kini sudah ditutup, Kassim berkongsi cerita persahabatannya dengan Dr Mahathir.

Kassim, yang berasal dari Bukit Pinang, Jitra, berkata mereka berdua sudah lama berkawan. Dr Mahathir berasal dari Titi Gajah, tidak jauh dari kampung asal Kassim.

“Selepas dia (Dr Mahathir) dibuang dari Umno pada September 1969, saya menziarahinya di rumahnya (di Titi Gajah). Apabila dia nampak saya di pintu, dia kata, tak nampak macam komunis pun,” kata Kassim dalam wawancara itu.
Kassim dan Dr Mahathir, yang juga seniornya di Universiti Malaya di Singapura, kerap berutus surat membincangkan masalah orang Melayu ketika bekas perdana menteri itu masih seorang doktor mengendalikan sebuah klinik di Alor Setar.

Dr Mahathir juga menulis kata pengantar untuk buku Kassim dan merupakan antara segelintir orang yang mempertahankan Kassim ketika dikecam kerana pandangannya yang melawan pemikiran masyarakat. 

5 comments:

Anonymous said...

Seronoknya fitnah dan panjangkan fitnah, semoga arwah dikurniakan keampunan oleh Allah S.W.T. Siapa kita berhak untuk menentukan nasib seseorang dihadapan Allah.

Anonymous said...

Tidak menyempurnakan Mayat adalah satu fitnah yang keji kepada agama Islam yang Rahmat-ul-Alami

Mereka yang Menyumpurnakan Mayat AlMarhum telah membuat kerja yang Mulia. Itulah dakwah dan Akhlak Islam, bukan seperti dakwah dan akhlak mereka yang hanya tahu menghunus pedang di tangan dan di mulut.

Anonymous said...

dUA-DUA ANON DI ATAS,
RUPANYA TUKANG FITNAH.
sEMUANYA SUDAH SELESAI, DIA MASIH MENGHUNUS FITNAH LAGI.
aSTAGHFIRULLAHIL 'AZIM..

Unknown said...

Aqidah today boleh dibuat main2.
يأيها ءآمنوا ادخلوا في السلم كافة ولا تتبعوا ختواة الشيطان. انه لكم عدو مبين. الآية.
Wahai org2 yg beriman hendak kamu masuk Islam(ikut) secara menyeluruh dan kamu ikut jejak langkah Syaitan. Sesungguhnya, Syaitan itu musuh kamu yg buaya. (Al Quran )

Unknown said...

11, 2020 at 9:19 PM
Aqidah today boleh dibuat main2.
يأيها ءآمنوا ادخلوا في السلم كافة ولا تتبعوا ختواة الشيطان. انه لكم عدو مبين. الآية.
Wahai org2 yg beriman hendak kamu masuk Islam(ikut) secara menyeluruh dan jgnlah kamu ikut jejak langkah Syaitan. Sesungguhnya, Syaitan itu musuh kamu yg buaya. (Al Quran )

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails