Friday, September 01, 2017

Selamat Hari Raya Aidiladha, Jangan Bodahkan Diri Sendiri..

Hasil carian imej untuk selamat hari raya aidil adha


ALLAH s.w.t berfirman:
‎ومن يرغب عن ملة إبراهيم إلا من سفه نفسه؛ ولقد اصطفيناه في الدنيا وإنه في الآخرة لمن الصالحين (130) إذ قال له ربه أسلم قال أسلمت لرب العالمين (131) -سورة البقرة
  • Maksudnya: Dan tiadalah sesiapa yang bencikan agama Ibrahim melainkan dia menjadi orang yang membodohkan dirinya sendiri. Sesungguhnya kami memilih dia di dunia ini (menjadi rasul kesayangan Allah) dan sesungguhnya di akhirat nanti dia dimasukkan dalam kalangan orang-orang yang soleh (yang tinggi martabatnya). Ingatlah apabila berkata kepadanya oleh Tuhannya: "Islamlah!" Ibrahim berkata: "Saya Islam kerana Tuhan Pencipta seluruh alam." (Surah Al-Baqarah: 130-131)

Dari ayat tersebut, dapatlah kita simpulkan bahawa Nabi Ibrahim a.s telah membuktikan Islamnya dengan menyerah diri secara ikhlas kepada Allah s.w.t serta tidak menyekutukan-Nya dengan segala yang lain. Nabi Ibrahim a.s berkorban meninggalkan tanah air, menunaikan perintah Ilahi meletakkan isteri dan anaknya di bumi tandus Mekah; malah sanggup menyembelih anaknya demi ketaatannya kepada Allah. 
Akhirnya anaknya digantikan dengan haiwan korban setelah terbukti ketaatan Ibrahim a.s yang tidak berbelah bahagi. Ketaatan dan kepatuhan kepada Allah seperti inilah yang sewajarnya dalam diri umat Islam masa kini.
Di samping menzahirkan semangat berkorban demi agama, marilah kita sama-sama mengingati betapa besarnya nikmat persaudaraan Islam yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Titiplah apa jua sumbangan tanda solidariti kita kepada saudara-saudara kita di Palestin, Myanmar, Syria serta segala pelosok yang kini dibantai tanpa belas oleh penzalim-penzalim.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w:
لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه (رواه البخاري)
  • Maksudnya: "Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana kasihnya kepada dirinya sendiri."

Cukuplah sabda junjungan mulia s.a.w ini sebagai peringatan kepada kita akan hubungan kesempurnaan iman serta kecintaan sesama kita.
Demikian hurian dari Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dengan motto "Sejahtera Bersama Islam" dan “Muslimat Memacu Kemenangan” sempena menyambut Hari Raya Aidiladha.
Hasil carian imej untuk USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
"Al-hamdulillah, dengan limpah kurnia-Nya, dapat lagi kita melangkah bulan Zulhijjah yang di dalam disyariatkan rukun Islam kelima Haji dan Ibadah Korban. Di bulan penuh berkat ini, Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menyeru seluruh umat agar sama-sama memaknai sirah rasul mulia Ibrahim a.s serta ahli keluarganya yang sanggup berkorban apa sahaja demi mematuhi perintah Ilahi." Kata beliau.
"Pada hari-hari yang mulia ini juga, DMPM menyeru seluruh umat Islam agar membanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w yang telah banyak berkorban dan berjihad demi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rasul; menyampaikan Islam kepada kita semua.
"Marilah kita menjadikan ucapan selawat dan salam ke atas baginda serta kepatuhan dan kesungguhan memenuhi perintah agama sebagai tanda kasih dan cinta kepada baginda. Merdekakanlah diri kita dari cinta dunia. Selamat Hari Raya Aidil Adha."  (IH)

4 comments:

Anonymous said...

patuh pada agama tu mmg di tuntut...tapi membutakan mata menyokong kemungkaran kenapa diam???
Takut terkena batang hidung ka DMPM??

Anonymous said...

Yg buta menyokong kemungkaran tu siape? Pas ke? Mana buktinya. Korang bersekongkol dgn dap kapir harbi yg komited menentang agenda islam, memperjuangkan lgbt,,itu ape,,bukan sekadar bute je,,bahkan bahalol dan tolol lagi,,,

Unknown said...

Perangi rasuah, benteras kemiskinan, kebersihan, salah guna kuasa, tu semua x termasuk dalam perkara yang dituntut islam ke? Mungkin curi balak tu benda dituntut kot, atau menyokong pemimpin zalim, atau memfitnah, membarua, mengkafirkan org, membabikan org...Itu yang menjadi ciri utama perjuangan islam PAS kot????
Mata dibutakan, telinga dipekakkan bila org bising pasal isu besar 1MDB. Bersekongkol dgn kemungkaran. Dalam parlimen seperti pasu bunga diam seribu bahasa. Di luar parlimen konon dialah jaguh. Menjual agama nombor wahid. RUU ditunda byk kali tak bising pon.
#bentangtangguhhimpun
#jualagama
#subahatkemungkaran

Unknown said...

Perangi rasuah, benteras kemiskinan, kebersihan, salah guna kuasa, tu semua x termasuk dalam perkara yang dituntut islam ke? Mungkin curi balak tu benda dituntut kot, atau menyokong pemimpin zalim, atau memfitnah, membarua, mengkafirkan org, membabikan org...Itu yang menjadi ciri utama perjuangan islam PAS kot????
Mata dibutakan, telinga dipekakkan bila org bising pasal isu besar 1MDB. Bersekongkol dgn kemungkaran. Dalam parlimen seperti pasu bunga diam seribu bahasa. Di luar parlimen konon dialah jaguh. Menjual agama nombor wahid. RUU ditunda byk kali tak bising pon.
#bentangtangguhhimpun
#jualagama
#subahatkemungkaran

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails