Wednesday, December 21, 2016

Rasuah Dalam DAP? Mengapa Takut Saman Tunku Abd Aziz..

Hasil carian imej untuk guan eng rasuah

RAKYAT dikatakan tertanya-tanya mengapa parti DAP yang terkenal dengan sikap bongkak dan angkuh tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang sering mengeluarkan kenyataan menghentam DAP dari pelbagai segi.

Adakah DAP takut menyaman Tunku Aziz memandangkan beliau mengetahui banyak rahsia parti tersebut? Tahukah anda bahawa Tunku Aziz telah dilantik sebagai naib pengerusi DAP ketika Mesyuarat pertama CEC DAP apabila mereka  mencapai persetujuan untuk melantik orang Melayu berwibawa dalam parti tersebut?


Beliau dipilih kerana ideologi beliau dan DAP hampir sama. Penyertaan beliau dalam DAP diharap dapat memancing penyertaan kaum Melayu untuk dipergunakan oleh Cina DAP. Ramai berpendapat tindakan DAP ini umpama tindakan Lee Kuan Yew melantik Aziz Ishak sebagai Presiden Singapura satu ketika dahulu.

Pada 23 Ogos 2008, Tunku Aziz menyertai DAP dan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi parti tersebut. Pada 31 Mei 2009, Tunku Aziz mengangkat sumpah sebagai Senator Pulau Pinang dalam Senat. Pada bulan Oktober 2008, beliau dilantik oleh parti DAP sebagai naib pengerusi parti itu di dalam kongres parti DAP ke-15 di Kuala Lumpur. Pada 14 Mei 2012 beliau mengumumkan peletakan jawatannya sebagai naib pengerusi dan keluar parti.

Tunku Aziz secara lantang mendakwa bahawa DAP adalah parti  yang penuh dengan rasuah. Oleh itu, apabila Lim Kit Siang berbicara mengenai rasuah dengan mengeluarkan kenyataan kononnya mahu barisan kabinet yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri mengambil peduli amaran Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengenai gejala rasuah dan pecah amanah di negara ini.

Malah, baru-baru ini, Kit Siang juga mengeluarkan kenyataan mahu kabinet pimpinan Najib menghentikan semua pertuduhan terhadap pemimpin anti-rasuah seperti Tony Pua, Rafizi Ramli, Datuk Ambiga Sreenevasan, Maria Chin dan Anis Syafiqah Md Yusuf.

Tindakan Lim Kit Siang dilihat seperti menepuk air di dulang akhirnya terpercik ke muka sendiri. Tunku Aziz pernah mendedahkan punca beliau keluar dari DAP pada tahun 2012 disebabkan rasuah dalam parti itu yang cukup teruk.

Bagaimana Lim Kit Siang mempersoalkan isu rasuah sedangkan jenayah tersebut berleluasa dalam parti DAP milik beliau sendiri. Sekiranya dakwaan rasuah dalam DAP tidak benar, mengapa bapa Lim Guan Eng ini tidak menyaman Tunku Aziz?

Lim Kit Siang juga dituntut agar mendesak anaknya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar melepaskan jawatan atas dakwaan salahlaku jenayah rasuah dalam pembelian banglo dan isu Taman Manggis beberapa bulan yang lepas.

Beliau mungkin lupa atau buat-buat lupa apabila mempersoalkan pihak lain berkenaan rasuah namun rakyat Malaysia ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah lupa berkenaan salahlaku jenayah rasuah yang berlaku dalam keluarga Lim kit Siang sendiri.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-109: Kes Rasuah Lim Guan Eng
E-Buku IH-109: Kes Rasuah Lim Guan Eng
E-Buku IH-107: Roket Pemikiran DAP Yang Bengkok..
E-Buku IH-107: Roket Pemikiran DAP Yang Bengkok..



Lihat..
Tawaran baru kerja di Korea Selatan..

13 comments:

Anonymous said...

PAS pun sama... kata hendak menyaman Sarawak Report (SR) dalam masa sebulan, sekarang sudah berbulan-bulan! Apa status saman tersebut? Ke... PAS pun sama dengan DAP, takut?

Anonymous said...

Bodoh!

Tak ikut perkembangan..

Anonymous said...

Bodo punya khadam pH.. semua dh maklum pas mmg tgh proses utk saman SR. Yg Dapig langsungx saman tunku Aziz n sorg lagi ttg isu Dana 1.2 bil dripada Israel kpd dapig, smpai skg Dapig senyap jerk..takut le tu. hihihi

Anonymous said...

Tunku Abd Aziz org bijak politik..dia x pernah sebut fakta..contohnya LGE rasuah RM90 juta..ambil daripada sapa-sapa..dia cuma sebut LGE rasuah..kalo dia sebut fakta..DAP dah lama saman..berbeza dgn PAS..Sarawak report cakap terus terang tentang fakta PAS rasuah RM90 juta ambil dari umno...projek itu dan projek ini..kenapa PAS x saman..takut ekkkk

Anonymous said...

Kita tertunggu-tunggu pas saman serawak report..

LGE bukan serawak report yang sebar.. ini mantan dap punya orang.. tak heran..

Anonymous said...

Lagi teruk ada lobai2 yg sokong penyamun yg dpt duit dr "arab" kononnya.

Anonymous said...

Tan ching lock ITU ADALAH orang yg membuka Tanah rancangan FELDA....

MENGERTI KAMU anak2 SEKALIAN ....
FAHAM ....
FAHAM ATAU TIDAK .....jawabbbb ...!!

JANGAN TERCENGANG cengang ...!!!!

Anonymous said...

Itu hari time Najib Razak kata nak saman WSJ... rupanya yang sampai adalah surat pertanyaan dan tuntutan biasa jer... Hahaha... langsung tak ader efek dari segi perundangan...

La nih Lebai kata nak saman Sarawak Report... tapi yang sampai adalah surat tuntutan jer.... Hahaha...

Anonymous said...

Ada gak surat..ni 1 surat pn takdak..kecut telur

Anonymous said...

Ada gak surat?? Kah kah kah hujah low quality sama seperti vcd cetak rompak, ketinggalan zaman. Kah kah kah walaun walaun.

Anonymous said...

pas tiru najib.kata nak saman,najib kata hari selasa,tapi hanya hantar surat jerr,pas kata hari jumaat,pun sama hanya hantar surat tuntutan jerr.2x5,5x2.pas mana ada telor,jika pas hantar real saman,nanti SR akan sapina najib..hadi mana berani.dia cuma berani dgn dap ajerr.ohh lobai dunia,mana nak cari ulamak yg cakap serupa bikin dlm pas ini.semuanya "AUTA"yg penting "DUIT"FULUS""KUASA"NAK TUNJUK MULIA dia yg terror orng lain bangang"

Anonymous said...

Khabarnya, 23 dis ini, Presiden PAS akan buat majlis "cover line" atas nama majlis penjelasan isu di Iran.

Yang pasti, kehadirannya di Iran tanpa tahu menahu oleh kesatuan ulama, namun diungkapkan oleh pihak PAS mewakili kesatuan ulama. Jelas ia bohong selepas dinafikan oleh Kesatuan ulama.

Anonymous said...

Mana surat?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails