Thursday, December 22, 2016

Serangan Di Bazar Krismas Berlin, Dituduh Pengganas.


KEADAAN di lokasi kejadian sebuah treler merempuh orang awam di sebuah bazar Krismas di Berlin semalam.- REUTERS


BERLIN – Polis Jerman semalam percaya pemandu treler yang merempuh orang ramai di sebuah bazar Krismas di Berlin sengaja berbuat demikian dalam insiden yang dipercayai serangan pengganas.
Seramai 12 orang terbunuh dan 48 lagi cedera dalam kejadian itu.
Treler tersebut merempuh orang ramai yang berkumpul di beberapa buah gerai kayu yang menghidangkan wain dan sosej di kaki lima gereja Kaiser Wilhelm Memorial Church di Berlin Barat petang kelmarin.
Gereja itu musnah dalam Perang Dunia Kedua.
“Pasukan penyiasat kami menganggap lori ini sengaja dipandu ke arah orang ramai di bazar tersebut di Breitscheidplatz,” kata polis dalam satu kenyataan di laman Twitter.
“Semua langkah polis berkaitan kejadian ini yang disyaki serangan pengganas diusahakan sepenuhnya dan dengan penuh tekun,” tambah kenyataan itu.
Insiden itu mengimbau kembali tragedi rempuhan di Nice, Perancis pada Julai lalu apabila seorang lelaki kelahiran Tunisia memandu lori seberat 19 tan di kaki lima sebatang jalan tepi pantai dan merempuh orang ramai yang berkumpul untuk menonton persembahan bunga api sempena sambutan Hari Bastille.
Serangan itu yang dilakukan oleh militan Daesh telah meragut 86 nyawa.
Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Jerman, Thomas de Maiziera berkata, terdapat petunjuk bahawa nahas di Berlin merupakan satu serangan.
Polis berkata, lelaki yang ditemui mati di dalam lori itu merupakan rakyat Poland tetapi percaya bukan dia yang memandu kenderaan tersebut.
Kerakyatan pemandu lori tersebut yang melarikan diri dari lokasi kemalangan sebelum ditahan pula masih tidak jelas.
Namun, media Jerman memetik sumber keselamatan tempatan sebagai berkata, terdapat bukti bahawa suspek yang ditangkap berasal sama ada dari Afghanistan ataupun Pakistan.
Dia dipercayai memasuki Jerman pada Februari lalu sebagai pelarian. Demikian menurut Reuters.

GAMBAR lokasi insiden rempuhan treler di Bazar Krismas Berlin selepas serangan itu semalam. – AFP


Sedangkan menurut AFP, seorang pemohon suaka dari Pakistan yang disyaki memandu sebuah treler dan merempuh orang ramai di sebuah bazar Krismas di Berlin dibebaskan kelmarin.


Seramai 12 orang terbunuh dalam serangan itu.
Pejabat pendakwa raya Berlin dalam satu kenyataan berkata, kekurangan bukti memaksa pasukan penyiasat membebaskan lelaki itu dan menumpukan usaha memburu suspek baharu iaitu seorang imigran dari Tunisia.
“Suspek yang ditahan berhubung serangan di Bazar Krismas Berlin pada Isnin lalu dibebaskan petang ini (kelmarin). Dia dibebaskan atas arahan pendakwa raya persekutuan.
“Ujian forensik yang dilakukan mendapati suspek tidak berada di dalam treler tersebut pada hari kejadian,” kata kenyataan itu.
Lelaki Pakistan itu ditahan selepas akhbar Jerman, Die Welt melaporkan bahawa seorang saksi melihat dia keluar daripada treler tersebut dan meninggalkan lokasi kejadian.
Terdahulu, Ketua Polis Berlin, Klaus Kandt berkata, penjenayah yang memandu treler itu masih berada di bandar tersebut dan meminta orang ramai berwaspada.
Seramai 48 orang cedera dalam tragedi itu, manakala 24 mangsa pula dibenarkan keluar dari hospital kelmarin.  (IH)

Tawaran baru kerja di Korea Selatan..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails