Saturday, December 24, 2016

Tumpu Masalah Global Bukan Khilafiah. -PAS



SERBA tidak kena kalau Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) buat. Politik sempit dan seolah-olah radar hidup dan fikiran bercelaru. Kehadiran TGHH di dalam program Majma' Taqrib bainal mazahib bukan perkara baru. 

Sudah 30 tahun program ini berjalan. Anjuran Kerajaan Iran. Turut dihadiri oleh ulamak sunni dan syiah. Kenapa pula pada tahun ini menjadi polemik? Perbincangan lebih kepada persamaan untuk masalah umat Islam. Mereka tidak bincang bab tahlil, sambutan maulid boleh atau tidak. 

Mereka tidak bincang solat tarawih 8 atau 20 rakaat, qunut boleh atau tidak, tahiyyat bergerak jari atau tidak, boleh sapu muka atau tidak waktu memberi salam.

Mereka tidak leka dengan perbuatan untuk membidaahkan sesama umat sehingga menimbulkan perpecahan umat. Walaupun kadang-kadang manusia inilah yang menuduh PAS membawa budaya takfir. 

Apabila PAS menjawab, maka dituduh taksub, tidak boleh dikritik, politik sempit, fikiran tertutup. Macam-macam lagi tuduhan kepada PAS.

Politik PAS

Persoalan politik dunia kena dilihat di dalam kerangka yang besar, bukan atas sentimen mazhab.

Di dalam politik antarabangsa PAS mempunyai pandangan tersendiri berdasarkan ilmu. PAS tidak tunduk kepada Arab Saudi atau Iran. PAS bersahabat kepada kebenaran. PAS tidak termakan budi dengan mana-mana negara dan mana-mana pihak. PAS bebas untuk menyuarakan pandangan.

Sudah lama PAS dituduh membela syiah. Kepimpinan ulamak didakwa terpengaruh dengan ajaran syiah. PAS menjawab dengan amalan, Ketika berlaku Perang Teluk antara Iraq dan Iran, PAS menyebelahi Iran. Walaupun seluruh dunia Arab membela Iraq, kerana Iraq itu Arab dan Sunni. Sekali lagi PAS dituduh Syiah.

Kebetulan negara Iran yang agak lantang menentang Israel, sedangkan negara Arab yang lain membisu. Mereka semua sudah menjadi tunganggan Amerika Syarikat. Kenapa isu Sunni dan Syiah dibangkitkan? Mereka sedar inilah senjata yang boleh melindungi kerja buat mereka yang menjadi boneka Amerika.

Sunni tidak mudah menjadi Syiah, Syiah tidak mudah menjadi Sunni. Tidak guna untuk membangkitkan perkara yang sudah dibincang sejak lama.

PAS berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah. PAS pernah memecat ahli PAS kerana menganut fahaman syiah. Kerana ia boleh membawa kepada perpecahan dalam parti. 

PAS menolak fahaman membidaahkan orang lain, sehingga menimbul perpecahan dan perbalahan dalam masyarakat.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
23 Rabiul Awwal 1438 / 23 Disember 2016 - HARAKAHDAILY 23/12/2016

11 comments:

Anonymous said...

1. Cuba nasihat dulu ahli-ahli PAS yang melabelkan orang-orang lain khususnya ahli AMANAH sebagai syiah.
2. Cuba uruskan negeri Kelantan dengan lebih baik - apa status terkini masalah penempatan mangsa banjir tahun 2014 dan orang asli Gia Musang?

Sudah-sudahlah mengata orang lain, uruskan parti sendiri dulu. Tunjuklah PAS adalah sebuah parti yang lebih baik - lepas itu bolehlah menegur orang lain!

Anonymous said...

Pemergian TGHH me Iran bukannya isu... yang menjadi isu adalah alasan pemergian tersebut. Mula2 PIS memaklumkan sebagai wakil KUIS, apabila disanggah diberi alasan lain. Terkini, Dewan Ulamak mengatakan TGHH mewakili PIS. Mana satu yang betul?

Anonymous said...

Ular...ular....ular
Mula2 bukan main bangga guna nama persatuan ulamak utk menghalalkan pergi ke sana. Guna nama ulamak ni la...funa ulamak tu la.
Bila terbongkar penipuan...alih2 guna nama Pas..Pis..Pus pulak
He3..
Termalu..

Anonymous said...

Dua2 anao di atas tak ade hujah.

Bodoh berfikir jumud. Terdedah jahilnya.

Anonymous said...

Walaun dan barua Pas seperti anon 11.15 yang sebenarnya bodoh berfikiran seperti lembu. Biarlah kena tipu sokmo dengan pemimpin chai Pas, buta tuli ikut macam baghal. Ikat serban tu longgar sikit, biar darah mengalir lancar dalam otak tu.

Anonymous said...

Anon 11:22 bercakap benar. Pas tak pernah sekalipun bercakap benar. Itu sebablah ahli sampai sejuta yg buta. Tak campur lagi penyokong yg bukan ahli. Sekolah tadika PASTI membawa ajarsn sesat menyembah berhala. Yang benar hanyala Dap dan Pan. Kedua duanya membawa ajaran sunnah. Presiden Pan membawa ajaran kasih sayang terutamanya isteri2 orang yang didalam kesunyian. Presiden Dap paling jujur didunia. Menyanjungi khalifah Islam. Tapi belum sampai level lee kuan yu. Sbb lee kuan yu sblm berkuasa, dia siap bersongkok pergi ke perkampungan Melayu Islam memberi bantuan utk memancing sokongan Melayu. Selepas mendapat kuasa dan mengubah polisi sehingga menjadi 'perfect' barulah keluar ayat ini '' I WOULD SAY TODAY WE CAN INTEGRATE ALL RELIGIONS AND RACES EXCEPT ISLAM''. Puas hati tak saudara? Klu nak fakta lain, saya boleh bagi lagi.

Anonymous said...

Tahniah December 24, 2016 at 2:50 PM di atas!

Jangan biarkan jahil murakap berakar di kalangan ummah.

Anonymous said...

Anon 2.50 PM berilah fakta lagi.. marah nampak

Anonymous said...

Tak marah...cuma ada sedikit geram...dan kesian.

Boleh...tapi fahamkan dulu fakta yang diberi...ilmu biar sikit tapi difahami dan diamalkan...lepas tu baru slowly tambah..

Anonymous said...

Dap mana ada jawatan Presiden bodoh!!! Dan lagi betui ka Pas ada sejuta ahli? Bukan secgen Pas dah cakap ahli kurang 20% dalam tempoh setahun dua ni? Penyokong bukan ahli? Heheheheh harapan je kot? Orang bukan Islam tak boleh pakai songkok ke? Namapun kempen politik. Yang pakai serban masuk kampung cina dan india tu boleh pulak? Masa kempen calon serban turut sama jerit Makkal Sakti takpe pulak?

Anonymous said...

Anon 11:09...ada point yg lebih besar untuk difahami dalam anon 2:54 tu. Bukan masalah jenis jawatan dan hirarki...bukan masalah tak bersongkok, bukan masalah makkal sakti...
Tapi masalah STRATEGI JAHAT yang ditulis dalam english tu...itulah mesej besarnya.....

Dlm Dap ni klu sebut sapa yang berlakon konon menyanjungi khalifah Islam Umar Abd Aziz semua orang tahu siapa dia kalau tidak lain dan tidak bukan Lge. Mustahillah dizaman komunikasi canggih ni kamu tidak tahu...

Dizaman komunis dulu, PKM gunakan strategi memancing memancing tali barut Melayu. Lalu tali barut melayu ini akan ke surau2 dan ingat tak dialog ni 'baru pelan2 cerita pasal parti'...tapi strategi itu gagal sbb w.pun zaman itu belum ada internet, Melayu taklah sebodoh itu untuk ditipu...
Kutuklah tulisan ni dulu ye. Lepas tu nanti saya sambung...ada 2 way comm baru best

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails