Sunday, October 16, 2016

Usik Pramugari Seksi.. Diarah Turun Pesawat . Ini Kisah Disebaliknya!

Hasil carian imej untuk paramugari alaska airline
alaska airlines flight attendan

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Seorang penumpang lelaki diarahkan meninggalkan pesawat penerbangan Alaska Airlines selepas lelaki itu mengusik seorang atendan penerbangan wanita ketika membuat demostrasi keselamatan.
Usik pramugari seksi, penumpang diarah turun pesawat

Menurut Daily Mail, insiden dilaporkan berlaku ketika penerbangan Alaska Airlines bersiap sedia untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle Tacoma semasa atendan tersebut mula menunjukkan cara menggunakan jaket keselamatan.

Perkara itu dikongsi oleh salah seorang penumpang wanita, Amber Nelson melalui laman Facebooknya.

Menurut Amber, salah seorang penumpang lelaki menjerit "oh seksi" kepada krew tersebut.

Krew itu kemudian melaporkan kejadian itu kepada anak kapal lain dan penumpang itu diminta turun dari pesawat tersebut.

Demostrasi keselamatan terus diganti dengan atendan penerbangan lelaki lain.

"Saya rasa berbesar hati sebagai wanita kerana Alaska Airlines menyokong kakitangan mereka yang dihina penumpang dengan tingkah laku yang kurang ajar," katanya.
Hasil carian imej untuk ikan gantung kucing tunggu
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ikan gantung kucing tunggu.. kata pepatah Melayu.. Maka meleleh air liur kucing itu dibuatnya. Ikan disekalikan dengan kucing lapar. Bila kucing cuba menerkam, wajarkah kucing disalahkan?

Maka agama datang menyelamatkan manusia seperti kucing itu. Membawa peraturan-peraturan yang sesuai dengan fitrah dan tabi'e manusia sendiri, seperti peranan hijab dan aurat dalam Islam. Supaya tiada alim-alim kucing lagi di kalangan manusia.
 Hasil carian imej untuk Bebas, Perempuan Berpakaian Telanjang
(IH)

1 comment:

IbnAbdHalim said...

Kalau itulah pakaian flight attendantnya kenapa disalahkan penumpang? Dunia dah hampir qiamat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails