Sunday, October 16, 2016

Azrinaz Berhijab 1 Muharram, 'ini adalah permulaan baharu dalam kehidupan saya'.

azrinaz
HALAMAN HIBURAN

KL– Bekas persona­liti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim membuat keputusan untuk berhijab  pada 1 Muharam lalu.

Azrinaz berkata, sudah lama dia menyimpan hasrat untuk berhijab, akhirnya hasratnya itu termakbul.

Mengambil keberkatan hari penuh kemuliaan untuk bertudung, Azrinaz menyifatkan penghijrahan itu memberikan ketenangan yang amat luar biasa kepadanya.

Bagi Azrinaz, keputusan yang diambil itu semata-mata kera­na memenuhi tuntutan agama dan tiada sebarang kaitan dengan apa-apa isu melibatkan periba­dinya seperti yang dilaporkan di media sebelum ini.

“Kebetulan ketika meraikan u­lang tahun kelahiran baru-baru ini saya mula memikirkan secara serius untuk bertudung. Tidak la­ma selepas tarikh hari lahir saya, menyusul 1 Muharam membuatkan saya nekad untuk berhijrah.

“Alhamdulillah, ini adalah permulaan baharu dalam kehidupan saya,” kata Azrinaz, petik Utusan.

Azrinaz yang kini berada di Dubai atas urusan perniagaan turut berkongsi kegembiraan ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat dengan penghijrahan imej yang dilakukannya.

Kata Azrinaz, sebelum nekad menutup aurat, beliau terlebih dahulu mempersiapkan dirinya dengan mendalami ilmu agama.

“Seperti orang lain, saya juga mahu menjadi individu yang lebih baik berbanding sebelum ini. Saya sentiasa percaya setiap orang harus berusaha untuk menjadi lebih baik dan keputusan berhijrah ini adalah titik permulaan buat saya. Doakan saya supaya terus istiqamah dalam melalui kehidupan,” jelas Azrinaz lagi.

Ketika ditanya mengenai spekulasi hubu­ngan cintanya dengan ikon fesyen, Wak Doyok yang dilaporkan sudah berakhir, Azrinaz menyifatkan perkara itu sebagai tiada isu.

Bahkan, beliau juga enggan berkongsi apa-apa me­nge­nai hal itu kerana baginya banyak lagi per­kara lebih penting yang harus diberi keutamaan. (S tv)

6 comments:

Anonymous said...

Harap Azrinaz menyertai PAS & menjadi 'role model' muslimat. Boleh buat roadshow berceramah pusing Malaya bersama muslimat & pemuda Pas.

Anonymous said...

Lebai Parti Islam SeMalaysia (PIS) Tontowi, Takiir,Abdoh .. akan longgar sorbann & akan urutt janggot kerna semangat jihad akan berkobar2 bila melihat Azrinaz dah menjadi muslimah jamaah.

Unknown said...

Mulut kita jahat sangat

Unknown said...

Mana tak jahat lebai marang tukang ajor.

Unknown said...

Mana tak jahat lebai marang tukang ajor.

Anonymous said...

Astaghfirullah... byk2kanlah istighfar sedara. Usia tak menongkat langit

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails