Wednesday, October 19, 2016

Ini, Gadis Aceh Dihukum Sebat. Hukum Mendidik, Mana Ada Zalim?

39752CC800000578-0-image-a-1_1476713032158

BEBERAPA keping gambar memaparkan pihak berkuasa Aceh melaksanakan hukuman sebat kepada enam wanita atas melanggar undang-undang syariah wilayah, tersebar menjadi viral di media sosial.

Hukuman yang dijalankan semalam, di Masjid Baiturrahman di Kampung Kramat itu turut disaksikan beratus-ratus penduduk.
3973AEBF00000578-0-image-m-6_1476713081477

3973AF4E00000578-0-image-a-5_1476713066913
2016_02_15_684_1455511933._large
Selain wanita, tujuh lelaki turut disebat menjadikan jumlah pesalah 13 orang.
Kesemua mereka dihukum antara sembilan hingga 25 sebatan atas kesalahan tertentu.
Menurut media tempatan, antara kesalahan yang dilakukan mereka, termasuklah khalwat dan ikhtilat.
Sementara itu, hukuman kepada seorang wanita lagi ditangguh berikutan dia disahkan hamil.
Walaupun wanita berusia 21 tahun itu sudah berkahwin dengan kekasihnya namun hukuman tetap akan diteruskan.
Dia ditangkap bersama kekasihnya beberapa bulan lalu kerana berkelakuan tidak sopan.
Sementara itu, Timbalan Datuk Bandar Aceh, Zainal Arifin berkata, hukuman sebat itu bukan bertujuan menghukum dan memalukan pesalah.
“Hukuman ini sebagai peringatan dan pengajaran kepada semua supaya menghormati undang-undang Islam,” katanya.
Sumber: The Jakarta Post
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pernah berlaku orang bukan Islam yang melakukan kesalahan di Aceh, dia dibenarkan memilih, sama ada mahu dihukum secara Islam atau bukan Islam. Rupanya orang itu memulih hukuman Islam. Menurutnya, lebih baik memilih hukuman Islam yang mendidik itu, dari dipenjara beberapa tahun, siapa nak cari makan anak isteri?
Itulah hukuman yang berbentuk mendidik dari keindahan Islam. Mana ada ada zalim macam hukun sebat di negara berperundangan sekular? Sebenarnya itulah yang ditakuti oleh puak-puak 'yang kepala otak dijajah barat',  bila orang bukan Islam memilih perundangan Islam dibimbangi akhirnya akan memilih Islam.

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

1 comment:

Anonymous said...

Hukum Islam, boleh jimat duit utk bina dan maintainance penjara.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails