Friday, October 21, 2016

2 Peguam Didakwa Menipu. Pagar Makan Padi..

Hasil carian imej untuk Dua peguam didakwa menipu
WAN ABD. RAZAK (kiri) dan Azura didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu kerana membuat tuntutan palsu semalam.
KOTA BHARU – Dua peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Kelantan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan membuat 13 tuntutan mitigasi palsu melibatkan wang berjumlah RM650 pada tahun lalu.
Tertuduh, Azura Ghazali, 32, dan Wan Abd. Razak Wan Dollah, 41, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Adli Abd. Ghalib.
Mengikut pertuduhan, Azura didakwa memberikan satu dokumen iaitu Claim Form (borang tuntutan) YBGK Kelantan kepada pegawai tadbir yayasan itu, G. Abirami yang mengandungi tuntutan palsu perkhidmatan mitigasi berjumlah RM250 atas nama lima individu.
Perkhidmatan mitigasi bermaksud seseorang peguam mengemukakan sebarang rayuan untuk anak guam yang diwakilinya. 
Harapkan pagar, pagar makan padi? (IH)

1 comment:

Anonymous said...

alaahaaaaiiiii apa kes tuntut banyak tu je....
malu dgn piemmmm kita tu... apa kes sikit nau tuntut

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails