Sunday, October 16, 2016

Selepas A/Hadi Bentang RUU 355, Ini 6 Kemungkinan Menurut DAP..

Hasil carian imej untuk DAP/abd Hadi

SHAH ALAM - Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyenaraikan enam kemungkinan sekiranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Akta 355 di Dewan Rakyat.


Kit Siang berkata, antaranya Hadi akan datang untuk membentang dan membahas mengenainya pada minggu pertama pembukaan sidang Parlimen, sama ada pada hari Isnin, Selasa atau Rabu dan diluluskan dengan sokongan majoriti mudah.

"Kemungkinan kedua pula RUU itu dibahaskan pada minggu pertama di Parlimen dan ditolak dengan undi majoriti mudah," katanya menerusi tulisan diblognya.

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-13 bagi Dewan Rakyat akan berlangsung selama 25 hari bermula 17 Oktober hingga 24 November depan.

Kemungkinan seterusnya, Hadi tidak membahasakan RUU pada minggu pertama sidang Parlimen bermula dan ditangguhkan sehingga selepas perbahasan Bajet 2017, dan kemungkinan akan dibahaskan pada minggu akhir sidang Parlimen pada November nanti (21-24 November).

Mengulas lanjut, Kit Siang berkata kemungkinan keempat ialah perbahasan diilakukan pada minggu terakhir dan diluluskan dengan keputusan majoriti mudah.

"Dan kemungkinan kelima perbahasan dilakukan pada minggu terakhir dan ia ditolak dengan majoriti mudah," katanya lagi.

Sementara itu, katanya kemungkinan terakhir ialah RUU ini tidak dibahaskan dan akan ditunda pada persidangan Parlimen tahun hadapan.

Terdahulu, Hadi dalam kenyataannya menyatakan kesedian untuk membentangkan RUU 355 pada bulan ini.
Menurutnya, usaha untuk mengusulkan RUU itu ke Parlimen sudah lama dilakukan pihaknya.

“Persediaan usul ini dilakukan sejak 1957 lagi dan banyak hujah kuat telah disediakan. Saya hanya menyambung perjuangan itu.
“Ini hak orang Islam. Kalau masyarakat bukan Islam ada hak untuk menganut agama masing-masing, maka orang Islam ada hak untuk pertahankan agama mereka,” katanya pada sidang media di majlis himpunan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam," ujarnya.

Mei lalu, Hadi telah membentangkan RUU untuk meluluskan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat. (SH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails