Tuesday, February 23, 2016

Guan Eng Menuju Diktator -Prof. Madya Dr Mohd Azizuddin

dap1Trend terkini pemerintahan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menuju ke arah diktator. Ia dapat dilihat dengan tindakan Guan Eng memecat dua wakil rakyat PKR daripada syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).
“Ia tindakan drastik yang boleh beri persepsi (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng seorang pemimpin yang autokratik.
“Beliau sepatutnya membincangkan perkara itu dengan kepimpinan Pakatan Harapan terlebih dahulu,” kata Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani kepada FMT.
Ia merujuk kepada tindakan Guan Eng memecat ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen dan ADUN Bukit Bunga, Cheah Kah Peng kerana mengambil sikap berkecuali dalam pengundian usul yang dibawa UMNO di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November lalu, agar semua projek penambakan di negeri itu dihentikan.
Azizuddin berkata lagi, tindakan Guan Eng berisiko mencetuskan ketegangan antara kedua-dua parti khususnya di peringkat negeri.
“Tindakan ini pastinya boleh menjejaskan aktiviti (Pakatan Harapan) peringkat negeri, selain persediaan menghadapi pilihanraya umum akan datang,” katanya.
Chin Wen sebelum ini merupakan pengarah Penang Invest dan Island Golf Properties Berhad, manakala Kah Peng merupakan Pengarah Perbadanan Bukit Bendera.
“DAP ini nama sahaja Parti Tindakan Demokratik dan dalam perlembagaan saja kata dia mengamalkan demokrasi, tetapi tindak-tanduk pemimpin DAP khususnya Lim Guan Eng jelas membuktikan bahawa ia bukanlah sebuah parti yang menjunjung nilai-nilai demokrasi,”kata Felo Kanan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Dr Kamarul Zaman Yusof kepadaSinar Harian.
Tambahnya, tindakan Guan Eng itu menunjukkan ciri diktator dan dua muka (double standard) dalam kepimpinan beliau dan DAP.
Menurutnya, dalam isu-isu yang mempunyai kepentingan negara seperti National Security Council Bill dan perjanjian perkongsian Trans-pasifik (TPP) sebelum ini para pemimpin tinggi DAP termasuk Lim Kit Siang sendiri berdegar-degar meminta Ahli Parlimen BN menggunakan conscience vote (mengundi mengikut pertimbangan sendiri) kononnya bagi menghormati demokrasi.
“Mengapa pula dalam isu yang menyentuh kepentingan negeri, Guan Eng menyifatkan Adun-adun PKR yang mengundi mengikut conscience vote sebagai mereka yang menikam dari belakang? Tidakkah ini double standard namanya?
“Dan apabila Lim Kit Siang tidak berani menegur tingkah laku melampau anaknya sedangkan ia bertentangan dengan prinsipnya sendiri maka nyatalah Lim Kit Siang juga bukan pemimpin yang benar-benar berpegang kepada prinsip (berpegang kepada prinsip hanya bila prinsip ini menguntungkan DAP sahaja),”katanya.
Dr Kamarul yang juga Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia turut memberitahu, berdasarkan kepada apa yang berlaku kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang maka tidak mustahil jika akan ada gerakan untuk menjatuhkan kedudukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sama ada sebagai Timbalan Presiden PKR atau Menteri Besar Selangor.
“Pada masa yang sama, apa yang berlaku di Pulau Pinang sehari dua ini menjadi bukti nyata bahawa Perjanjian Pakatan Harapan yang ditandatangani oleh pemimpin tertinggi PKR, DAP dan PAN baru-baru ini hanya indah khabar dari rupa sahaja.
“Perjanjian tersebut hanya wujud di atas kertas sahaja, di mana mekanisme dalaman bagi mengawal pertikaian antara parti-parti komponen yang diwarwarkan dulu? Jika ia berfungsi mengapa pemimpin PKR dan DAP masih bertikai secara terbuka tanpa dikenakan apa-apa tindakan?,”katanya.
Menurutnya, semua ini tidak syak lagi akan menghilangkan keyakinan rakyat Malaysia kepada kemampuan DAP untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara dalam PRU 14 nanti. (AIDCNews)

4 comments:

Anonymous said...

Petikan dr blog chegubard -

Teguran saya rakam kepada salah seorang ADUN PKR supaya belajar disiplin organisasi. Saya mengajak semua berfikir dengan jujur. Apa pandangan anda apabila anda duduk dalam Jawatankuasa Pengangkutan Awam kerajaan negeri Pulau Pinang. Ketika mesyuarat dan taklimat penambakan laut (pulau buatan) kamu diam membisu hadir tanpa membuat kajian awal. Dalam mesyuarat jawatankuasa pengangkutan awam jelas dibincangkan projek asalnya diluluskan seluar 3,241ekar oleh kerajaan BN namun setelah perdebatan dan pertembungan panjang kerajaan Pakatan Harapan P.Pinang hanya meluluskan 744 ekar sahaja untuk ditebus guna. Wakil perbagai pihak termasuk DAP sendiri bersuara dan dalam mesyuarat tersebut sehingga beberapa perkara diubah. Dimaklumkan bahawa jika dibatalkan sepenuhnya maka kerajaan negeri kemungkinan menanggung pampasan sehigga RM1biliion.

Ini pernah berlaku sebelum ini di mana kerajaan negeri terrpaksa membayar RM20 juta kepada Bousted Holdings Sdn Bhd untuk menguruangkan ketinggian projek hotelnya dimana sebelum ini diluluskan oleh kerajaan Bn dengan ketinggian tidak munasabah dan kerajaan negeri hilang RM14.7 juta wang rakyat kepada syarikat yang terlibat skandal tanah Tang Hak Ju dimana ia melibatkan keputusan kerajaan Bn sebelum itu.

ADUN PKR tersebut terlibat dalam mesyuarat sehingga keputusan dibuat dan dia diam. Namun apabila Bn datang di dalam Dewan membentang usul membantah maka ADUN tersebut mengambil sikap protes dan berkecuali. Dia yang menjadi sebahagian jawatankuasa yang memutuskan sepatutnya mempertahankan keputusan tersebut. Adakah dia tidak faham apa dalam mesyuarat tersebut dan hanya hadir untuk elaun kehadiran atau ada pihak ‘luar kerajaan P.Pinang’ yang menyusun semua ini agar berlaku. Sepatutnya PKR harus memanggil ADUN ini memberikan penjelasan dan merakamkan teguran kerana jelas prestasinya dalam pentadbiran Pulau Pinang harus dipertikaikan.

dtg mesyuarat krn nakkan elaun tp bisu mcm mp2 pas bila keputusan dibuat. pastu berkecuali mcm mp2 pas juga...

paskelate said...

DAP adalah sebuah parti sosialis dan sekular. Majoriti ahli dan pemimpin parti ini adalah dari kaum cina.
Sesuatu yang menarik, DAP tetap mengekalkan dasar parti walaupun mereka menyertai Pakatan Rakyat.
Sesuatu yang menarik dan menjadi tanda tanya aku sebagai ahli dan penyokong PAS adalah sikap Tuan Guru Nik Aziz terhadap DAP.
Menambahkan kecelaruan aku apabila pimpinan PAS sekarang membuat pusingan U dengan mengisytiharkan DAP sebagai musuh utama PAS.
Terdapat beberapa persoalan yang tidak terjawab dalam isu DAP dan tidak dijawab oleh pimpinan dan ulamak PAS sekarang.
- Adakah DAP telah berubah pendirian terhadap PAS selepas ketiadaan TGNA?.
- Adakah pimpinan yang ada pada hari ini telah mengubah pendirian dan ijtihad yang dibuat oleh TGNA selepas didapati secara jelas pendirian dan ijtihad TGNA menyeleweng dan salah?
- Apakah faktor-gaktor sehingga TGNA sanggup mengadakan pakatan dengan DAP, sedangkan DAP masih mengekalkan pegangan dan dasar mereka?
- Setelah dua kali PRU bersama DAP, adakah TGNA tidak mengetahui bahawa DAP menolak hudud yang dibawa PAS dan kenapa pula dewan syura ulamak PAS tidak menasihati TGNA supaya keluar dari Pakatan Rakyat?.

Sesuatu yang mesti diberi perhatian oleh pimpinan PAS sekarang, bahawa ahli dan penyokong PAS terdiri dari mereka yang matang dan bijak berpolitik. Bahkan mereka bukan sahaja berilmu, bahkan mereka juga bukan dari golongan "kaki sokong" tidak bertempat.
Mereka akan sentiasa menjadikan TGNA sebagai kayu pengukur kepada kepimpinan PAS, kerana TGNA telah memperlihatkan kepada mereka gambaran sebenar seorang "ulamak yang berpolitik".

Anonymous said...

Aduhai Prof. Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani. aku suka panggil dia professor kangkung jer dan penggemor dedak. semasa kes najib meletop mana prof. ni pegi hah?
Kes najib terlibat 1MDB, derma akaun peribadi rm2.6b, pecat muhyidin shafie dan mukhriz, pecat/pencen awal AG gani patail, tukar timbalan S.B ke JPM, tukar pegawai kanan sprm bahrin mat zain dan rohaizad ke JPM, lantik peguam umno jadi AG ganti Gani patail. so katakan Guan Eng menuju diktator. tetapi najib pm confirm sudah jadi diktator. mohon prof. sendiri tolong jawab. professor kangkong. kahkahkah

Unknown said...

Belajar disiplin organisasi kepala bapak dia.. yg dia masuk campur dlm urusan pas sampai boleh plk putus hubungan dgn TGHH tu apa!!..

Lepas tu konon kata jgn campurtangan urusan pentadbiran negeri lain.. kepala bapak dia.. yg dia pegi canang satu negara kata pas x boleh laksana hudud walau di kelantan shj tu apa!!

Tapi macam biasa PAN akan kata TGLGE mereka yg sentiasa betul..

INGAT PAN INGATLAH DAP INGATLAH JUGA PAP..

SEHATI SEJIWA SEFIKRAH SEFITNAH SEHARAMJADAH..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails