Wednesday, February 24, 2016

Makin Biadap! DAP Hina Almarhum Raja Arab Saudi -Mynewshub.

KURANG ajar dan biadap. Tindakan DAP menyebarkan video klip dengan mesej antikerajaan ketika sambutan Tahun Baharu Cina awal bulan ini nyata berlawanan dengan semangat tradisional perayaan kaum itu sendiri.

Ia bukan sahaja menimbulkan rasa kurang senang kaum bukan Cina, malah parti komponen BN iaitu MCA juga mengutuk video itu sebagai nyata menghina almarhum Raja Arab Saudi, Allahyarham Raja Abdullah sendiri.
Paparan video yang menyindir derma baginda kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2013 tidak sahaja boleh mencetuskan perasaan kebencian ketika musim perayaan itu, bahkan dianggap amat jijik.
Selain itu DAP sengaja mencaci pemerintah Arab Saudi yang menjaga dua kota suci umat Islam iaitu Makkah dan Madinah, walhal baginda turut derma ratusan bilion riyal kepada negara-negara Muslim lain sejak sekian lama.
Ini bukan sahaja mencemarkan nama baik raja negara tersebut, malah menunjukkan DAP tidak sensitif dengan hubungan diplomatik akrab Malaysia-Arab Saudi hanya kerana marah dalam isu dana peribadi baginda itu.
dap biadap1
Menurut Bendahari Kebangsaan Pemuda MCA, Michael Lee, DAP sepatutnya menggalakkan perhubungan baik sesama rakyat dan bukannya menjaja ‘sentimen antikerajaan’ ketika musim Tahun Baharu Cina yang mulia.
“Tindakan pemimpin DAP Pusat, Tony Pua dan Teo Nie Ching menerbitkan klip video ini menyebarkan sentimen antikerajaan ketika sambutan Tahun Baharu Cina berlawanan dengan semangat tradisional perayaan tersebut.
“Tindakan mereka adalah menjelikkan dan tamparan bukan sahaja terhadap sambutan perayaan itu tetapi akal mereka itu sendiri,” kata Lee dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di Kuala Lumpur pada Isnin.
Katanya, mereka sepatutnya mengurangkan kelakuan buruk ketika musim perayaan ini daripada buat video jijik mempersenda lagu popular Tahun Baharu Cina, Cai Shen Daoyang bermaksud ‘Tuhan kemakmuran sudah tiba’.
Dalam video itu, Pua dan Teo dilihat mengalu-alukan ketibaan Tuhan Kemakmuran dengan paket angpow merah yang diubah menjadi seorang lelaki berpakaian tradisi Arab sambil memegang cek Ambank bernilai RM2.6 bilion.
dap biadap3
Video itu juga menunjukkan sekumpulan orang baling ke udara sejumlah duit palsu, manakala Pua mempamerkan cek Ambank beralamat kepada ‘Perdana Menteri’ dan Teo bersama beg tangan dengan cincin berlian besar.
Beberapa portal berita tempatan melaporkan, video biadap DAP menerusi YouTube tersebut sudah ditonton lebih 160,000 kali dengan kira-kira 1,043 pengguna memilih butang ‘like’ manakala hanya 51 lagi sebagai ‘dislike’.
Lazimnya, taktik cerca pemerintahan Arab Saudi popular dilakukan pihak Zionis Israel dengan aktif menyebarkan berita palsu mengenai negara kaya minyak itu bagi menyemai kebencian umat Islam kepada pemerintah Riyadh.
Baru-baru ini beberapa bekas pemimpin Melayu yang pernah menyertai DAP mendedahkan parti itu menerima RM1.2 bilion dana rejim Tel Aviv untuk menguasai pemerintahan Malaysia daripada BN yang diterajui UMNO.
Tindakan biadap Pua dan Teo dijangka bakal menyebabkan mereka dikenakan perintah ‘persona non grata’ daripada memasuki Arab Saudi seperti pernah dikenakan ke atas beberapa individu dari Malaysia sebelum ini.
Namun, apa yang hendak dihairankan kerana kedua-dua pemimpin DAP ini tidak mungkin mahu melaksanakan ibadah umrah, haji atau ziarah ke Arab Saudi sekali gus bebas hina raja negara itu tanpa langsung rasa bersalah. – Mynewshub.cc/HAA

6 comments:

Anonymous said...

Apa babitkan agama...
dh tak da modal ka..
mentang2 dh sokong umno..
duit songlap pun dah sokong..
bodoh betul..
pas pis pus ni..

Anonymous said...

Aku dah tengok habis video tu langsung xada kena mengena dgn mana2 Raja Saudi mahupun Aruah Raja Abdullah. Dlm video tu klau dikatakan DAP menghina kerajaan yg diketuai Najib siPenyamun memang betul tapi menghina Aruah Raja Abdullah xnampak langsung. IH ni nak tulis mengatakan DAP menghina Najib dan kerajaan xberani sbab dia tau memang 1Malaysia menghina Najib dan Najib memang diakui sebagai mahluk paling hina dimukabumi ini. Cukup2lah IH, perangai keparat kau ni semua org dah tau sengaja cari pasal nak korek kesalahan DAP.

Anonymous said...

Semakin banyak ko menulis, semakin banyak nampaknya bangang ibnu

Anonymous said...

Sejak bila pula Raja Arab Saudi setaraf dengan nabi or malaikat? Ko ada tengok ka kehidupan sebenar2 raja dan kerabat dia ni? Boleh Google sendiri, tak semulia mana pun, tahap gaban macam tu ja. Sudah2 la sensitif tak bertempat. Yang biul dan bangang pula dimuliakan.

An Anonymous said...

BILA PAN DAH BERSEKONGKOL DGN DAP BEGINILAH JADINYA..

INGAT PAN INGATLAH DAP..
SEHATI SEJIWA SEFIKRAH SEFITNAH..


Anonymous said...

Ingat umno ingatlah pas.Macam celaka rupanya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails