Wednesday, February 24, 2016

‘Keterlanjuran’ Azmin? PKR Mohon Maaf Kepada Guan Eng..

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat permohonan maaf kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di atas tindakan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang itu secara terbuka kelmarin.
Permohonan maaf itu disebabkan tindakan Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor membantah kerajaan DAP Pulau Pinang memecat dua wakil rakyat PKR sebagai pengarah syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).
“PKR meminta perkara ini dibincangkan secara terbuka dalam Majlis Presiden Harapan Pakatan akan datang.
“Kami amat berharap Guan Eng bermurah hati dan bersedia mengampuni. Mari selesaikannya dalam suasana sivil dan baik. Keupayaan kami untuk mengatasi perbezaan adalah kunci untuk menyakinkan rakyat,” kata Naib Presiden PKR, Tian Chua dalam satu kenyataan media hari ini.
Kelmarin, Mohamed Azmin selaku Menteri Besar Selangor membantah perbuatan Guan Eng memecat dua wakil rakyat PKR yang bersikap berkecuali semasa mengundi usul penambakan tanah dalam persidangan DUN Pulau Pinang.
Guan Eng menempelak tindakan Mohamed Azmin dengan mempersoalkan mengapa Menteri Besar Selangor itu mahu mencampuri urusan kerajaan Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP.
“Pernahkah anda melihat saya mengulas mengenai hal ehwal negeri lain yang ditadbir oleh pakatan?” soal Guan Eng kepada pihak media semalam.
Tian Chua dalam kenyataan hari ini bagaimanapun menjelaskan Timbalan Presiden PKR tidak berhasrat untuk campur tangan dalam pentadbiran kerajaan Pulau Pinang.
Katanya, Guan Eng perlu memahami bahawa teguran Mohamed Azmin ke atas kerajaan DAP Pulau Pinang itu bukan pendapat peribadi beliau sebaliknya pendirian PKR.
“Kami mengakui bahawa adalah hak Ketua Menteri untuk melantik ahli lembaga pengarah dalam GLC negeri. Bagaimanapun dengan pengurusan hal negeri adalah tanggungjawab bersama.
“Sebagai rakan kongsi dalam kerajaan campuran Pulau Pinang, kita bukan sahaja berkongsi kuasa tetapi juga tanggungjawab. Sokongan orang ramai bukan hanya pada populariti peribadi tetapi kerja berpasukan,” tegasnya.
Kemelut yang berlaku diantara PKR dan DAP dalam soal pentadbiran kerajaan negeri itu berlaku hanya selepas sebulan kedua-dua parti itu menandatangani Perjanjian Pakatan Harapan pada Januari 2016.
Kemelut itu juga menidakkan dakwaan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sebelum ini kononnya tiada lagi prinsip ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ dalam Pakatan Harapan.
Rafizi waktu itu mendakwa, ketiga-tiga parti Pakatan Harapan termasuk Parti Amanah Negara (PAN) masih bebas untuk membuat keputusan politik mereka namun selagi ia tidak bertentangan dengan perjanjian dan keputusan bersama.  (mynewshub.cc/Aidcnews)
azman2
keadilan

4 comments:

Anonymous said...

Nampak tak apa yg berlaku skrg? dulu perkara ini berlaku dlm pakatan rakyat. apabila pas tidak henti2 buat onar kononnya nak laksana hudud yg SAMPAI SKRG SENYAP...

biasanya puak yg byk menyeranglah yg khianat spt pas yg menyerang Amanah dan DAP. skrg puak azmin pula yg memuji memuja mahathair sehingga lupa nak mention anwar Ibrahim!

mrk menggunakan media wlpn azmin sudah tentu ada nombor handfon lim.

azmin dan kuncu2 adalah pelapis kedua selepas hadi untuk memecahkan pakatan pembangkang. hadi berjaya dlm misinya hancurkan pakatan rakyat. skrg tugas azmin pula utk memecahkan pakatan harapan. sbb itu azmin tak iktiraf pakatan harapan diselangor.

celakalah kamu dan pendokong2 kau...

jgn mudah tertipu dgn tindakan azmin yg nampak spt membela rakyat dgn bas percuma, wifi dsb.

ingatlah mendian Lee Kuan Yew pernah berkata - makmurkan rakyat kamu, nescaya mrk tak peduli apa yg kamu lakukan...

Anonymous said...

memang sesuai bloger UMNO bertaawuun dengan bloger PAS. Sendodong sama padan, apa lagi jika sama-sama pakai warna merah.

An Anonymous said...

Alhamdulilah.. ramai org cina hadir majlis tahun baru cina anjuran pas di kelantan johor dan yg terbaru di selangor.. pan ada??

Jgnkan org melayu, org cina pun x sudi hadir ceramah2 pan..mungkin mereka terkejut perlembagaan pan pun nak tunggu kelulusan dap.. apa ra punya parti.. CEROI...

Ingat pan ingat dap ingat pap..
sehati sejiwa sefikrah sefitnah..

Anonymous said...

Cina MCA, Gerakan dtg utk makan FREE jer.nak bg undi kat Pas jgn haraplah..

sbb tu Hadi Awang layak jd mb tganu sepenggal jer.he he he

Ingat Pas ingat hududuit..

KAH KAH KAH!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails