Tuesday, February 23, 2016

Pemimpin PAS Tonton Filem Lucah? Ini Jawabnya.. Bongkar Banyak Lagi.

Siapa Zairil Khir Johari yang berjawatan Penolong Setiausaha Publisiti DAP pusat mahu memfitnah Ketua Penerangan PAS, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, soal facebooker pro PAS, Roslan Abdullah.
Ia merujuk kepada cubaan terbaharu DAP melalui Zairil yang memfitnah Nasruddin dengan menuduh Ketua Penerangan PAS itu menonton filem lucah semasa lawatan kerja ahli Parlimen ke Jerman pada 2014.
“Dalam kes porn yang difitnahkan kepada Ketua Penerangan PAS pusat, Zaril Khir Johari dipergunakan oleh DAP untuk merekayasa cerita yang mengaitkan porno dengan PAS dan kepimpinan PAS.
“Sebaliknya, Allah swt telah memaparkan kejelikan Ahli Parlimen DAP (Zairil) itu yang telahpun beristeri tetapi bermain kayu tiga dengan perempuan lain yang menunjukan sebenarnya si penuduh Zairil Khir Johari adalah akhlaknya adalah telah rosak yang ceritanya tidak boleh diterima pakai,” dedahnya sambil melampirkan gambar-gambar Zairil bersama Dyana Sofya Mohd Daud (di bawah) yang menjadi viral pada tahun lepas
zairil
Roslan Abdullah membangkitkan semula isu Zairil dan Dyana sebagai membalas tuduhan terhadap Nasruddin menonton filem lucah di Jerman sejak akhir bulan lalu.
Walau bagaimanapun, tuduhan terhadap Nasruddin hanya bersifat ‘hearsay’ semata-mata berdasarkan sumber Zairil tanpa sebagai bukti sokongan yang kukuh.
Menjawab isu berkenaan, Nasrudin menyatakan tindakan menyebarkan kenyataan di media sosial dengan mendakwa beliau menonton filem lucah satu fitnah keji.
“Tahun lalu (2015) saya menerima fitnah hampir serupa, kononnya saya minum arak di bilik hotel sewaktu lawatan ke Jerman.
“Tahun ini (2016) telah bertukar plotnya kepada menonton filem lucah,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, beliau tidak tahu motif pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah sedemikian rupa.
“Tegasnya saya enggan melayan permainan ‘pihak tertentu’ ini dan ingin saya nyatakan bahawa ini adalah fitnah keji lagi tidak bertanggungjawab yang dilemparkan kepada saya,” katanya.
Zairil yang dijadikan sandaran bukti itu merupakan tokoh kontroversi sejak tiga tahun lepas terutamanya berkaitan dengan biologi keturunan.

Tunku_Aziz_NST
Tunku Abdul Aziz Ibrahim

“Zairil Abdullah adalah bukan Melayu. Kedua-dua ibu bapa (biologi) adalah Cina,”kata Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang menambah beliau mengenali Allahyarham Tan Sri Mohd Khir Johari, yang mengambil Zairil sebagai anak angkat.
Tunku Abdul Aziz berkata demikian untuk mengukuhkan hujahnya bahawa tiada seorang pun wakil Melayu dipilih (bukan dilantik) perwakilan DAP dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi parti itu pada 2012.
Walaupun Zairil kemudian ‘dimenangkan’ kononnya selepas ‘memperbaiki kesilapan teknikal’, namun Tunku Abdul Aziz tetap menganggap Zairil bukan mewakili Melayu dalam parti tersebut.
zairil-khir
“Nama sebenar Zairil adalah Christopher Howard Lim. Lahir di Hawaii, USA. Bapanya bernama Howard Lim, seorang rakyat Singapura. Ibunya juga warga Singapura bernama Christine Lim. Tarikh daftar nama Christopher Howard Lim kepada Zairil adalah pada 21 April 1997 dan pindaan dibuat pada 23 Jun tahun yang sama.
“Zairil atau Christopher adalah anak Howard Lim dengan Christine Lim. Bila Howard dan Christine bercerai, Khir Johari kahwin dengan Christine pada Februari 1996. Christine dan anaknya, Christopher masuk Islam. Christine tukar nama kepada Rose Christine Abdullah, anaknya pula dari Christopher kepada Zairil,” dedah blog Santau Berapi.
Pada tahun 2013, salah seorang anak kandung Khir Johari, Roselina Khir pernah menghantar komen kepada AIDC menasihati Zairil berdiri atas kaki sendiri dan bukannya menumpang populariti arwah Khir dalam membina karier politiknya.
“Benar, dia (Zairil) sepatutnya berdiri di atas platform sendiri, dengan tidak perlu menggunakan nama Pak Khir. Kami tidak pun mengenalinya, sebab ibunya Christine Lim adalah mak tiri yang sejahat ibu tiri ‘Snowwhite’,” katanya.
Allahyarham Khir mempunyai tujuh anak hasil perkahwinan dengan isteri pertamanya, Puan Sri Kalsom Abdul Rahman iaitu Rosita, Amir Sharifuddin, Roselina, Juanita, Nazli, Mazita dan Haizan.
Menurut Roselina, selepas bapanya mengahwini Christine, dia dan enam orang adik beradiknya yang lain tidak dibenarkan berjumpa dengan bapanya lagi.
“Pada ketika itu kami mohon UMNO bantu kami menyelesaikan masalah wanita itu, tapi tak ada bantuan. Dia telah merampas segalanya dari kami.
“Pak Khir masa hidup kita tak dapat berjumpa, habis wang EPF dikeluarkan untuk membeli condominium di KL Sentral dan Seri Kembangan atas nama anak-anak Christine,” katanya lagi. (AIDCNews – 22/2/16)

22 comments:

Anonymous said...

Sama saja akhlak kedua belah pihak. Tuduh menuduh, balas membalas, saling membuka aib. Orang berfikiran sosialis kita fahamla. Ini yang kononnya Islam pun sama saja.

paskelate said...

kah kah kah
ikut kaulah mat budin, kau nak bela diri ke, kau nak saman ke, kau nak bersumpah jujung al-Qur'an ke, kau nak mengaku wali kutub ke, atau nak pakai serban lima kilo ke.
Semua itu tidak penting buat ahli dan penyokong PAS, yang penting adalah kerja buat kau sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat.
Bagi aku, sejak aku kenal PAS, kaulah ketua penerangan PAS yang paling lemah dan tidak beperanan. Kalau nak dibandingkan dengan bekas ketua penerangan Mahfuz Umar, Subhanallah! janganlah dibandingkan. Aku pun tidak tahu Presiden dan AJK parti memilih atas dasar apa.
Bila dikenang kepada AJK Pusat yang dihalau keluar dari PAS dengan AJK yang ada pada hari ini. Terasa amat tidak adil kepada ahli dan penyokong PAS, satu perubahan dan penukaran yang zalim dan khianat.
Yang memeningkan, bila ketua penerangan seolah-olah tidak betada dalam dunia politik.
Mungkin kami ahli dan penyokong PAS yang berstatus pariah ini, dianggap hanya sebagai patung kayu sahaja oleh kepimpinan Ulamak. Hanya taat dan ikut sahaja keputusan syura.
Sampai bilakah kami terpaksa menunggu untuk menukar pimpinan PAS yang ada hari ini?. Adakah kami terpaksa tunggu imam Mahadi atau Salahuddin al-Ayubi datang, barulah kami boleh gantikan mereka lebih layak membawa PAS keluar dari lubang yang gelap ini.

mohd shahran said...

nilah islam yang diperjuangkan oleh pas sekarang. Bukan nak jawab tapi terus fitnah .. Sama bebenor dengan umno. Celaka pas. Jahanam pas

Anonymous said...

TUDUH MENUDUH MENJADIKAN KEDUA DUA PIHAK MENJADI SAHABAT SYAITAN DAN IBLIS

Anonymous said...

Ambil sumber pun dari portal umno yg sebati dgn spin dan fitnah. Alah bisa tegal biasa..

Cer tanya pd ustaz pay per view betul ka dia demam dan duduk sengsorang dlm bilik hotel masa di Jerman?

Anonymous said...

pi padang buat sumpah laknat dua belah pihak
kalau berani la
kan senang saja habis cerita
lepas tunggu bala mari
ada berani ka

Anonymous said...

Pemimpin yang tidur semasa parlimen sedang bersidang, lain perkara yang dibincangkan lain pula yang dihujahnya. Lagi mahu percaya ke???

Anonymous said...

Ulau melengkau kat kepala kata fitnah dibolehkan...
Si hadi pung buat fitnah...anak buatnya si budin pun ikut sama..

Bila mahkamah kata fitnah...ulau2 melengkau ni buat bodo ja...tak reti minta maaf.

Kali ni nonton film lucah tak mau ngaku si budin ni. Dia ingat manusia lain tak pernah duduk hotel kot.tak tahu beza film yg berbayar atau tak bila tinggal di hotel.

Malu besau pak2 lebai weiiii...

Anonymous said...

pakai jubah bukan beerti alim. budin pun ada nafsu jugak. biar la budin nak tonton filem lucah. cuma lain kali kalau budin nak menonton video lucah budin jangan tonton sorang2. ajak sekali si ib-Anu asyim yer. orang tua ni pun boleh tahan gak miang nyer. wakaka...

Anonymous said...

meroyan lg geng JJlge. Jilat Juboq lim guan eng.

Anonymous said...

Mana satu PM Malaysia Melayu?

Anti Fitnah said...

Keturunan bukan satu jaminan akan menhasilkan zuriat yg baik.
Orang Islam tidak akan membalas fitnah kalau dia tu benar-benar mengamalkan Islam. Orang Islam ni kan umat contoh. Adakah artikel menunjukkan dia tu umat contoh yang dikehendaki Islam atau ...
PM 1 ... Melayu + Siam
PM 2 ... Melayu + Bugis
PM 3 ... Melayu + Arab
PM 4 ... Melayu + India
PM 5 ... Melayu + Cina
PM 6 ... Melayu + Bugis
Bila lagi ada PM Melayu + Melayu?

bunbinban said...

Kotornya mainan politik islam nih rupanya.

Anonymous said...

maaf tuan, politik islam itu teramat mulia dan suci. cuma di msia ni ada satu puak yang mengaku membawa politik islam tetapi ahlinya penuh dgn ketaksuban, cetek ilmu dan teramat rendah akhlak.

Anonymous said...

PAS + UMNO = PORNO

Anonymous said...

jangan cakap banyak, saman zairil,
tak perlu ungkit cerita zairil macam orang umno.
berani saman kerana benar.

tapi orang pas boleh tutup cerita macam kes cikgu Pa(s).video terang benderang depa kata fitnah,
kes DSAI video samar-samar mereka(pas) percaya.

zairil buat benda tu pun dia tak pakai surban atau cakap agama dgn siku lutus.
siku lutut pakai sarban dgn tie macam pak lawak markas kalau tak saman memang betul la cerita porno.saman jgn tak saman dan orpas jangan cuba tutup bangkai sekiranya benda tu betul.

Anonymous said...

Puak PANdir balaci DAPig semakin gila meroyannya,,tula pasal,bukan senang nk memuaskan tuan bila dh termakan upah

Anonymous said...



Kebenaran

KEBENARAN

AL-HAQ @ KEBENARAN itu adalah nama TUHAN

Bercakap "BENAR" lah wpun pahit termasuklah ddlm isu2 pay-per-VIEW..spender PUTIH...dan FITNAH pilkuda!

Apb kita bercakap "BENAR" wpun pahit(bersalah) kita akan sentiasa berdiri bersama ALLAH!!

Dan ALLAH maha2 Sayang kpd hambaNYA yg sentiasa berdiri/TEGUH dgn namaNYA(AL_HAQ) itu..

Adakah kita suka berdiri/TEGUH dgn nama ALLAH-AL-HAQ(KBNARAN) itu atau berdiri dgn siPenipu yakni Iblis yg dilaknati itu?....peace no WAR

Anonymous said...

Tuan tanah,

tolong cari lg artikel ya buat geng JJlge meroyan. hi hi hi.

Anonymous said...

Yg meroyan tu biasanya suka melabel, maki hamun org lain mcm tuang presideng Pas kaki ponteng..hi hi hi

Anonymous said...

Yang pandirnya kau dan hulamak kau .sebab berhari2 menyerang DAP .macam2 lebel kau berikan .TETAPI di Selangor ni kau makan babi bersama DAP kau lupa pula.sebab .diibaratkan dalam satu periuk kau masak gulai ayam,ikan dan babi.apa hukum makan ayam dan ikan? bangang tak bertempat.anaomuose 12.33.orang Pan tak termakan upah pun tetapi kau termakan tipu daya ulamak kau.

An Anonymous said...

INGAT PAN INGATLAH DAP!!

SEHATI SEJIWA SEFIKRAH SEFITNAH..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails