Sunday, February 21, 2016

Dana Israel RM1.2 Bilion: Kenapa DAP Takut Saman Pemfitnah..

SESUATU yang nampak aneh apabila DAP lazimnya akan saman mana-mana pihak yang cuba fitnah mereka waima akhbar terkenal prokerajaan selain individu tertentu jika konon membuat cerita palsu mengenai parti itu.
Peliknya tidak dalam kes dana sebanyak RM1.2 bilion sumbangan kerajaan Israel yang didakwa seorang pemimpin parti politik bekas sekutu mereka selain mantan tokoh dalaman parti berkenaan sendiri beberapa tahun lalu.
Sehingga kini kepimpinan DAP masih lagi ambil sikap berdiam diri daripada memberikan sebarang penjelasan kepada rakyat berhubung tuduhan mereka pernah menerima dana mewah itu daripada negara haram Zionis itu.
Memetik reaksi Naib Ketua Pemuda UMNO Subang, Syahrezam Zakaria menyifatkan DAP khususnya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng seperti kura-kura yang menyorokkan kepala di dalam cengkerang berhubung isu ini.
Ketika DAP ‘bising’ dengan dana almarhum Raja Arab Saudi berjumlah RM2 bilion kepada Perdana Menteri, dana politik Israel untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang diterima mereka cuba disorok sebagai perkara remeh.
Kata beliau: “DAP hari ini seperti kura-kura yang sorok kepalanya di dalam cengkerang. Mereka tidak berani untuk hadapi dan beri penjelasan kepada rakyat mengenai perkara ini. Walhal hakikatnya, tuduhan ini begitu besar.
“Apatah lagi ia melibatkan negara terkenal dengan kekejaman terhadap rakyat Palestin. Dana Israel, saya kira DAP sengaja bersikap diam diri dengan harapan isu ini berlalu seperti itu sahaja hilang daripada pemikiran rakyat.
Dana-Israel
“Namun hakikatnya mungkin kepimpinan DAP tidak sedar bahawa isu ini masih lagi berdendang dalam kalangan masyarakat akar umbi dan rakyat tetap mahukan penjelasan,” tegas beliau lagi kepada portal UMNO-Online.
Syahrezam yang juga pengerusi Persatuan Anak Warisan Subang seterusnya berkata, jika DAP terus berdiam diri dan enggan beri penjelasan, ia seolah-olah memperlihatkan ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh mereka.
“DAP jangan ingat taktik ambil pendirian untuk bisu tentang hal ini akan dilupakan rakyat. Isu dana Israel bukan isu kecil tetapi sebenarnya melibatkan kedaulatan dan campur tangan asing dalam politik dalaman negara kita.
“Jadi saya yakin, rakyat khususnya umat Islam akan terus desak DAP agar bercakap benar dan berikan penjelasan secara terbuka berhubung tuduhan bekas pegawai khas Lim Guan Eng sendiri, Mohamed Razali Abdul Rahman.
“Sehingga kini, tidak ada sebarang penjelasan daripada DAP, cuma Lim Kit Siang sahaja yang membuat kenyataan mahu menyaman Razali. Namun sehingga ke hari ini tidak ada perkembangan berhubung saman tersebut.
“Mungkin juga mereka takut untuk menyaman Razali kerana sekiranya mereka menyaman lelaki itu, segala rahsia dan perancangan kotor mereka akan terbongkar di dalam mahkamah dan diketahui umum kelak,” ujar beliau.
Realitinya DAP tiada cara lain untuk bersih tuduhan itu melainkan dakwa Mohamed Razali di mahkamah kerana sudah lebih empat tahun DAP elak jawab tuduhan itu waima tiada penafian jelas dari kepimpinan tertinggi DAP.
dap-dan-israel
Pelbagai isu dimainkan DAP untuk tutup isu derma RM1.2 billion yang didakwa diterima daripada Israel untuk PRU yang lalu. Pendedahan ini pula dibuat oleh Mohamed Razali yang merupakan bekas ahli tegar DAP sendiri.
DAP sekarang terdesak untuk mendedahkan butiran penerimaan derma cukup banyak itu kepada pengetahuan rakyat. Rakyat sudah tidak mahu bersekongkol dengan sebuah parti yang ada hubungan dengan Israel.
Kit Siang pernah kata akan ambil tindakan terhadap Mohamed Razali berhubung pendedahan derma RM1.2 bilion itu dan siri latihan diterima ahlinya daripada perisikan Mosad Israel dalam usaha menguasai politik Malaysia.
Sebagai menolak dakwaan ini seharusnya DAP buat satu laporan polis agar satu kertas siasatan dikeluarkan untuk dakwa Mohamad Razali dalam isu pertuduhan yang mengaitkan DAP dalam derma RM1.2 billion dari Israel.
Ia kaedah terbaik pertahan integriti DAP serta juga Kit Siang dan Guan Eng yang mengetuai parti anak beranak ini kerana setakat ini masih senyap sunyi dengan tidak memberikan jawapan dan tindakan terhadap isu didakwa.
zuhdi-fitnah-dap
DAP perlu telus jawab dakwaan telah ditawarkan dana RM1.2 bilion (sebenarnya AS$300 juta) dari pihak rejim Israel sekiranya mereka dapat menawan Putrajaya pada PRU ke-13 daripada pemerintahan Barisan Nasional.
Desakan itu dibuat Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki yang berkata dakwaan serius tersebut telah dibuat sendiri oleh Mohamed Razali, bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang.
Dakwaan yang dilontarkan oleh Mohamed Razali tentang hubungan DAP dan Israel ini lebih serius, malah apa yang didedahkan itu lebih mengancam keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam di Malaysia serta dunia.
Mohamed Razali ketika itu membongkar tiga dakwaan serius yang sehingga hari ini tiada penafian jelas daripada DAP termasuk DAP didakwa ditawarkan dana PRU Ke-13 sebanyak AS$300 juta (RM1.2 billion) oleh rejim Israel.
Juga dakwaan yang telah dilontarkan kepada DAP ialah bagaimana seramai 17 orang dari ahli DAP telah dilatih oleh pakar perisikan Israel untuk menjadi pakar strategi kerana beliau antara yang menjalani latihan tersebut.
Justeru, kata Mohd. Zuhdi, DAP tiada cara lain untuk membersihkan tuduhan itu kecuali mendakwa Mohamed Razali di mahkamah awam kerana sudah lebih empat tahun DAP masih lagi mengelak menjawab tuduhan itu.
Kegagalan DAP menafikan dakwaan akan menyebabkan persoalan tentang hubungan DAP dan Israel masih tidak terjawab sekali gus mengesahkan kebenaran tuduhan Mohamed Razali itu. (Mynewshub.cc/)


11 comments:

Anonymous said...

Tunggu sajalah saman bakal menyusul. Jgn jd mcm ustaz pay per view merapu bagai lps tu tarik balik tuduhan.

Buatlah mcm wsj keluarkn bukti najib rompak duit rakyat baru org bukak mata. Ini cerita bersandarkn hearsay 2 mamat pemakan dedak umno.

Setakat walaunta2 dan macai copy paste umno punya propaganda sape nak percaya. Zaman ini maklumat di hujung jari ada hati mau menipu rakyat.

KAH KAH KAH!!!

Unknown said...

Macam biasa DAP tetap maksum walau segala tuduhan berasas sudah dilemparkan.. pasti PAN akan kata DAP mmg layak terima derma tu sbb kafir.. maka terusanlah bersekongkol tanpa rasa HINA..sambil terus harspkan sokongan melayu yg masih x perasan isu derma ini..

Ingat PAN ingat DAP!!

Anonymous said...

kalau benarlah DAP terima duit dr luar, sudah pasti segala jentera kerajaan akan digunakan utk menjatuhkan DAP.

bila org kata bijan terima duit rm2.6bil, dgn lantang hadi presiden parti Islam minta saksi. tp bila hadi dan kuncu2 dia buat tuduhan, tiada pula perlu pd bukti.

inilah bukti betapa munafiqnya hadi dan lebai ustaz pemimpin pas. fitnah maki hamun org, rembat balak, biarkan rakyat tinggal dlm khemah, cinta dounya, tonton drama haru biru percuma...

Unknown said...

Duit yahudi sama dgn duit 1MBD syarikat dana awam?????

Unknown said...

Tuduhan berbeza stu di tuduh terima duit yahudi. Stu lg dituduh curi duit 1 mdb dan siap dgn bukti. Rkyat dh makin bodoh??. Tk brupaya nk bezakan?????

Unknown said...

Kan betul.. ingat pan ingat dap!

Anonymous said...

Itu ini, makan dedak lah TAPI TAHUKAH ANDA : 9 DARI 10 CINA PRO DAP TAPIIII ANDA LAGI TERUK KERANA ANDA HIPOKRIT PUM PANG PUM PANG KATA CINA ITU CINA INI TAPI BELI HP, LAPTOP, BARANG DAPUR SEMUA KAT KEDAI CINA HEHHH - HATTA PAD BINI DAN PAD ANAK PEREMPUAN HAMPA PUN BILA DATANG DARAH HAID BELI KAT KEDAI CINA....... bahkan Mydin pun belambak jual barang dari kilang cina dap nih hehh

LAGIPUN PAS sehingga sekarang masih gagal melaksanakan Hudud di Kelantan. Padahal tidak ada seorang ADUN DAP pun di Kelantan. Malah DAP pun boleh dikatakan tidak dirasai kewujudannya di Kelantan. Apakah DAP menjadi punca kegagalan melaksanakan Hudud di Kelantan? Pastinya tidak. Jadi apa punca sebenarnya? Kenapa mahu salahkan DAP tetapi tidak mahu menyalahkan Umno?

VODO PUNYA MELEYYU

paskelate said...

Perasan hairan penyokong-penyokong PAS dengan tidak tanduk PAS semasa akhirnya terdedah.
Apa yang menghairankan penyokong-penyokong PAS dengan sikap pimpinan PAS semasa yang diam membisu untuk mengkritik dan menentang penyelewengan UMNO terbongkar. Mereka telah menelan umpan yang disangkut ejen UMNO dalam parti. Kononnya DAP adalah ejen Israel di Malaysia dan Mat Sabu dan rakannya dalam AMANAH adalah ejen DAP yang mengkhianati perjuangan PAS.
Penceramah-penceramah PAS seperti telah dirasuk, selepas sahaja memberi salam, mereka terus menyerang DAP dan AMANAH yang didakwa ajen kepada DAP.
Pernah berlaku, dimana dalam satu ceramah AMANAH yang aku hadiri penceramah terus terang mengatakan bahawa ceramah diadakan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh PAS.
Hakikat yang tidak boleh dinafikan, pimpinan PAS tidak lagi menjuruskan ceramah-ceramah mereka untuk memberi penerangan mengenai penyelewengan dan cita-cita PAS untuk mengantikan UMNO.Bahkan 90% ceramah diisi dengan bela diri dari serangan ahli PAS yang bernama Husam Musa dan menyerang DAP dan AMANAH.
Sebagai seorang yang tegar menghadiri ceramah-ceramah PAS, terasa amat jauh sekali pendekatan TGNA dengan pengganti-pengantinya. Walaupun dalam ceramah politik, TGNA berjaya membawa kita kepada keinsafan sebagai seorang hamba dan kehidupan kita selepas mati.
Namun ceramah-ceramah yang diadakan oleh PAS, tidak lagi membawa sinar kecuali seperti berada dalam program BTN.
Berilah peluang kepada PAS untuk berubah dan berada pada kedudukan sebelum ini.
Menukar pimpinan bukanlah suatu yang hina, namun penukaran pimpinan merupakan pertukaran yang baik kepada lebih baik.

Anonymous said...

Ini bkn isu sape maksum atau pak lebai serban 10kg. Ini isu intergriti dan amanah.

Kalo betul tuduhan di atas mana bukti2 dari SB Bkt Aman, SPRM dan penguatkuasa kerajaan yg 80% org melayu? Masa ni lah keluarkn bukti2 yg ada utk hapuskn DAP. Mcm wsj sabitkn najib dgn skandal 1mdb.

Ingat Pas ingat hududuittt..

KAH KAH KAH!!!

Anonymous said...

Sbg ahli Pas tuan tak rasa malu ka bila tuang presideng parti islam suka ckp bohong dan ponteng sidang parlimen?

Tuang presideng mahu jd punahsihat 25% ketua penyamun najib. Bolehlah berkongsi hasil menyamun bersama2.

Hudud Pas dah jd hududuitt..

KAH KAH KAH!!!

paskelate said...

Alhamdulilah, PAS adalah pilihan. Kelemahan dahan bukan bererti membunuh pokok.
Yang paling penting,bagaimana memperbaiki kita kecacatan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails