Monday, July 06, 2015

Najib Dicabar, Ambil Tindakan Mahkamah Ke Atas WSJ Atau Undur Diri Bolehkan Siasatan.. (84)

Datuk Seri Shafie Apdal menggesa Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan mahkamah ke atas The Wall Street Journal.

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan mahkamah ke atas The Wall Street Journal (WSJ) sekiranya dakwaan berbilion ringgit mengalir masuk ke dalam akaun peribadinya adalah tidak benar, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini.

Shafie yang juga naib presiden Umno berkata, tindakan undang-undang satu kemestian bagi memastikan imej Malaysia tidak buruk di mata masyarakat antarabangsa.

"Datuk Seri Najib perlu mengambil tindakan undang-undang, sekiranya dakwaan itu tidak benar supaya kerajaan tidak dipandang buruk di mata umum dan masyarakat antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga menyeru rakyat bertenang sehingga siasatan selesai, dan yakin ia akan membongkar kebenaran. Najib menafikan dakwaan itu dan kini berdepan gesaan supaya mengundur diri bagi membolehkan siasatan telus dilakukan.

Sebuah pasukan khas yang disertai Peguam Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan WSJ.
Jumaat lalu, WSJ memetik dokumen siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh pihak berkuasa Malaysia, yang menunjukkan berbilion ringgit dimasukkan ke dalam peribadi Najib pada 2013.

Najib menafikan dakwaan itu dan kini berdepan gesaan supaya mengundur diri bagi membolehkan siasatan telus dilakukan. Sebuah pasukan khas yang disertai Peguam Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan WSJ. - 5 Julai, 2015.

3 comments:

zamani said...

ini lah akibat terlalu korup.kalau di biarkan malaysia ini pun akan terjual,mereka di pilih rakyat tapi berlagak lebih hebat dari keluarga diraja.semua pemimpin umnu mempunyai harta yang boleh mendirikan rumah daripada emas sedangkan rakyat menderita dan mencari wang untuk mereka gunakan sewenang2nya.

Anonymous said...

Zaman sekarang orang yg buat lapuran perompakkan...pencurian...pembunuhan..itu yg akan didakwa dulu. Yg merompak...mencuri...membunuh...boleh dilepaskan...

Deramae Lleh said...

Kesian kat DS Najib, diasak kiri kanan, depan belakang.Tohmahan demi tohmahan.. tapi sehingga saat ini, belum terbukti kesahihannya..Bersabarlah DS! Hamba rakyat didesa tetap menanti BR1M seterusnya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails