Saturday, June 20, 2015

Serangan Terhadap Muslim Inggeris Meningkat 400% Pasca C/Hebdo.


PERTUBUHAN Tel Mama Inggeris menyatakan bahawa serangan berdarah di pejabat majalah satir Perancis, Charlie Hebdo, pada awal Januari lalu telah menyebabkan serangan terhadap warga Muslim di Inggeris meningkat 4 kali ganda.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh organisasi pemantau kebencian terhadap Muslim Inggeris pada hari Kamis (18/06) kelmarin, Pengarah Tel Mama, Sahid Malik Said, berkata bahawa sebahagian besar masyarakat umum Inggeris percaya serta mengaitkan antara Islam dan pengganas pasca terjadinya insiden Charlie Hebdo.

Sahid Malik Said menambah..

"Pemikiran yang disokong oleh kegemparan pemberitaan media telah mencipta banyak kesulitan bagi umat Islam hingga dalam organisasi sosial milik warga Muslim."
"Jika persepsi ini tidak segera berubah kami bimbang akan kesan buruk bagi hubungan sosial umat Muslim di Inggeris, terlebih insiden yang melibatkan nama Islam dalam serangan berdarah berturut-turut di Paris, Copenhagen dan Sydney," ujar Sahid Malik Said.

Tercatat sejak Jun 2014 hingga Jun 2015 terdapat kira-kira 548 perlakuan rasis yang diterima Muslim Inggeris, baik dari tahap ancaman, gangguan dan kekerasan, dengan sebahagian besar mangsanya adalah kaum perempuan. (Almasryalyoum / Ram/IH)

2 comments:

Anonymous said...

Media massa yang dikuasai oleh Zionis sentiasa mencipta pelbagai berita dongeng dan rencana dongeng yang menggambarkan orang-orang Islam sebagai pengganas dll yang mengancam orang-orang kafir untuk menghasut orang-orang kafir supaya mereka sentiasa membenci dan menindas orang-orang Islam di Eropah, Amerika dll. Agen-agen Zionis yang terdiri dari pelbagai agama dan kaum sentiasa menghasut orang-orang kafir melakukan keganasan ke atas orang-orang Islam untuk menghalau orang-orang Islam keluar dari negara-negara kafir.

Punca sebenar orang kafir menindas orang Islam ialah agama Islam sedang tersebar dengan pesatnya di Amerika, Eropah dll di mana ramai orang-orang kafir memeluk Islam. Jika keadaan ini berterusan, ahli-ahli politik Zionis akan kehilangan pengaruh politik ke atas Amerika, Eropah dll. Ini bererti Israel akan kehilangan penyokong-penyokongnya.

Anonymous said...

(Sambungan)
Menurut Elizabeth Poole dalam Ensiklopedia Bangsa dan Kajian Etnik, media telah dikritik kerana mempromosi 'Islamophobia' iaitu kebencian terhadap orang Islam dan agama Islam. Beliau memetik kajian kes memeriksa contoh-contoh artikel dalam akhbar British dari antara 1994 dan 2004, yang menyimpulkan bahawa pandangan Islam adalah kurang diwakili dan isu-isu yang melibatkan orang Islam biasanya digambarkan mereka dalam bentuk negatif. Pemaparan itu, menurut Poole, termasuk gambaran Islam dan umat Islam sebagai ancaman kepada keselamatan dan nilai Barat.

Benn dan Jawad menulis bahawa permusuhan terhadap Islam dan umat Islam "berkait rapat dengan pemaparan salah media yang menggambarkan Islam sebagai kejam, tidak rasional, primitif dan seksis. "

Egorova dan Tudor memetik penyelidik-penyelidik Eropah menunjukkan bahawa ungkapan yang digunakan dalam media yang bencikan Islam seperti" pengganas Islam ", "bom Islam" dan "keganasan Islam" telah menyebabkan persepsi negatif terhadap Islam.

Buku John E. Richardson bertajuk (Mis)representing Islam: The Racism and Rhetoric of British Broadsheet Newspapers telah mengkritik media British yang menyebarkan stereotaip negatif terhadap Islam dan mempromosi prasangka anti-Muslim. Dalam satu lagi kajian yang dijalankan oleh John E. Richardson. , dia mendapati bahawa 85% daripada keratan akhbar arus perdana menganggap Islam sebagai ancaman kepada masyarakat British.

Ini bererti media massa orang kafir memainkan peranan utama untuk menimbulkan fitnah dan kebencian terhadap orang Islam dan agama Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails