Wednesday, June 17, 2015

Aktres 'Skandal Ranjang' Luna Maya, Hasilkan Novel, Tetapi...

HALAMAN HIBURAN

AKTRES ‘panas’ Luna Maya berminat mengadaptasi sajak terkenal Sapardi Djoko Damono, Hukan Bulan Juni ke layar perak. Namun sebaliknya Sapardi menolak.

Jangan salah faham. Penolakan Sapardi tidak ada kena mengena dengan sejarah silam Luna Maya yang pernah terkait dalam skandal atas ranjang Ariel sang vokalis kumpulan Noah suatu ketika dulu.


Menurut Sapardi, 75, dia tidak terbuka hati dengan tawaran Luna Maya kerana skrip yang disediakan lari daripada maksud sebenar puisi berkenaan yang ditulisnya pada 1989.

“Ketika Luna Maya datang untuk meminta izin penerbitan, beliau  menunjukkan skrip berkenaan kepada saya.
"Apabila saya teliti, kok lain (berbanding jalan cerita asal novel),” katanya.

Sebelum itu Sapardi hadir di majlis pelancaran novel yang diilhami daripada sajak berkenaan dan menggunakan judul sama Ahad lalu.
Kata Sapardi, walapun berjudul sama ada watak tambahan dan jalan cerita yang jauh berbeza daripada skrip Luna Maya.

Justeru, katanya, tentu sangat aneh jika ada filem dan novel yang berjudul sama tetapi mempunyai banyak beza. Menjelaskan perkara itu, Sapardi mengakui Luna Maya menyatakan rasa minatnya ketika novel berkenaan belum selesai ditulis. Luna Maya juga, kata Saparti tidak membaca novel berkenaan.

"Mereka hasilkan sendiri (draf senario) menyebabkan wujud dua situasi berlainan. Ini boleh mendatangkan masalah kepada penonton dan pembaca
“Kalau berbeza intepretasi, masih boleh diterima,” katanya.

Menurut Sapardi senario dihasilkan Luna Maya dibuat berdasarkan kepada pembacaan sajak semata-mata.  (TMI)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails