Tuesday, June 16, 2015

DAP Nak Keluar Pakatan & Bina Masjid Pasir Tumbuh Gua Musang.. -Nik Mohd Amar

DAP tidak sabar untuk keluar Pakatan Rakyat - Mohd Amar
MOHD AMAR: DAP tidak sabar untuk keluar Pakatan Rakyat - Gambar fail

KOTA BHARU: Pemecatan Setiausaha PAS Pulau Pinang sebagai pegawai penerangan gred S41 dalam kerajaan negeri Pulau Pinang, menunjukkan DAP sengaja mencari alasan untuk keluar daripada pakatan pembangkang, kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata tindakan itu menunjukkan DAP semakin tidak sabar untuk keluar daripada pakatan pembangkang dan memutuskan hubungan dengan PAS.

"Saya melihat secara politiknya tindakan yang dibuat oleh DAP selama ini adalah mencari alasan untuk keluar dari pakatan rakyat dan putus hubungan dengan PAS.
"Dari segi rentetan, dia (DAP) yang mula-mula isytihar putus hubungan dengan PAS di Sarawak, selepas itu putus hubungan dengan PAS di Sabah, selepas itu dia putus hubungan dengan Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Amar berkata demikian ketika diminta mengulas kemelut DAP-PAS yang semakin meruncing apabila Setiausaha PAS Pulau Pinang, Mohd Fadzil Kemi yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan gred S41 kepada Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang telah diberhentikan kerja berkuat kuasa Jumaat lepas.

Mohd Amar berkata: "Dia (DAP) dah pecat kita kena terima dan tidak ada masalah (bagi PAS)".

Ditanya tentang kesediaan DAP untuk membina masjid baharu di Pasir Tumboh, Gua Musang, Mohd Amar berkata peruntukan untuk membaik pulih masjid yang rosak akibat banjir di kawasan itu sudah ada dan ia tidak perlu bantuan DAP.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata cadangan pembinaan masjid itu dipersetujui selepas mereka mendengar permohonan daripada imam serta penduduk di kawasan berkenaan. (Astroawani)

7 comments:

mohamad adel said...

hahahahahahah

Unknown said...

Nik Amar ini terbukti bermulut longkang. Boleh percaya ulamak macam beliau ini.

IrWrWs said...

Kalau kau tak percaya Sabtu.. aku pasti LGE lagi kau percaya.. takziah beb..

IrWrWs said...

Kalau kau tak percaya Sabtu.. aku pasti LGE lagi kau percaya.. takziah beb..

IrWrWs said...

Kalau kau tak percaya Sabtu.. aku pasti LGE lagi kau percaya.. takziah beb..

Anonymous said...

Sabtu ke ahad..tak percaya pun jaga la mulut tu lain la klu u bukn islam...dan lebih percaya dgn lge dan bapanya dan sekutunya...pasma macai...yg diketahui memang dari awal dah jauh dari perjuangan PAS
Mereka ni la sebenarnya balaci...UG..umno

Anonymous said...

W rosli. Kalu ya pun sokong nik amar tak perlu lah posting sampai 3X. Kenapa sebelom ni nik amar diam. Duit takdak ke? Dia turun gua musang ke? Pemalas. Hahahak tuih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails