Monday, June 15, 2015

Kapal Tangki Malaysia Ditawan Lanun

KAPAL Orkim Harmony bersama 22 kru dipercayai dirampas lanun yang kini semakin aktif menyamun kapal dagang di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi

JOHOR BAHRU – Sebuah kapal tangki minyak Malaysia, Orkim Harmony yang membawa 22 kru dengan muatan 6,000 tan metrik petrol RON95 dipercayai dirampas sekumpulan lanun selepas hilang di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor sejak Khamis lalu.
Menurut sumber Maritim Malaysia (APMM), pihaknya percaya kehila­ngan Orkim Harmony mempunyai kaitan dengan kegiatan lanun kerana kawasan tersebut merupakan lokasi panas pe­rompak laut yang menyamun kapal dagang.
“Kami percaya kehilangan kapal Orkim Harmony angkara lanun kerana sudah lebih tiga kali kejadian yang serupa berlaku di kawasan yang sama tahun ini.
“Malah, ini kali kedua kapal daripada syarikat yang sama ditawan lanun selepas sebuah lagi kapal, Orkim Victory diserang pada 4 Jun lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. (Kosmo)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails