Friday, June 19, 2015

Bintang Porno Ini, Memeluk Agama Yahudi..

 

IA termasuk bintang-bintang porno di dunia ini. Dikatakan ramai mereka yang bertaubat dan kembali mencari agama masing-masing. Kita singkap kisah mereka. Keluaran lalu kita pilih yang mengaku beragama Islam. Iaitu pertamanya Saidah Voraji.. 
Kini..

Kedua: Jenna Jameson


Bekas bintang filem panas Jenna Jameson mengumumkan dalam akaun media sosial Twitternya dia kini memeluk agama Yahudi. Jameson saat ini bertunang dengan lelaki penjual berlian asal Israel Lior Bitton yang tinggal di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Selama beberapa bulan terakhir, kata Jameson, dia sangat berminat memasak masakan halal dan secara rutin selalu menyiapkan sajian hidangan untuk hari Sabat, seperti yang dilaporkan oleh the Times of Israel, Khamis (11/6).

Selama ini dia sudah sering berkomunikasi dengan penulis laman YesThatsKosher.com Dani Klein dan membaca pelbagai resipi masakan dari Jamie Gellar.

Meski secara rasmi dia belum mengumumkan pindah agama, namun apabila seorang peminat menganjurkan dia untuk menulis pengalamannya pindah agama, dia menjawab..

"Itu idea yang bagus".

Perempuan berambut pirang dan berdada montok ini memulakan kerjayanya di industri pelacuran pada 1983 dan akhirnya secara rasmi mengumumkan dia mengundurkan diri dari industri pornografi tersebut pada 2008.

Dalam sebuah acara televisyen pada 2013 dia mengaku dulunya seorang penganut Katolik yang taat.


Jom kita lihat bagaimana taubat dalam agama Yahudi?


Pada dasarnya semua agama mengakui hak dan batil dan masing-masing memberikan definisi tentangnya. Kebahagiaan menurut semua ajaran agama pada umumnya akan terwujud ketika seseorang sampai ke tujuan yang ingin dicapai dengan cara yang benar dan hakiki.


Sebaliknya, terdapat juga orang yang memilih kesesatan dan penyimpangan, berpaling dari kebahagiaan dengan mengambil langkah yang salah. Pada umumnya, semua agama memberikan jalan untuk kembali ke jalan yang benar dari berbuat dosa, dengan cara bertaubat.


Taubat adalah kemurahan bersumber dari Tuhan. Apabila gerbang taubat tertutup, pancaran kemurahan dan mujarab yang diberikan kepada hamba-Nya itu sudah ditutup... 
Maka tidak seorang pun akan memperoleh kebahagiaan kerana pada umumnya manusia –selain yang telah dijaga Tuhan telah dicampuri dosa dan kesalahan kerana mengikuti hawa nafsu.

Sebahagian cara-cara bertaubat yang ada pada agama Yahudi itu mempunyai kemiripan dengan cara-cara bertaubat dalam agama Islam. Kemiripan ini tidak hanya pada garis besarnya saja, namun juga pada hal-hal yang bersifat partikular seperti berzikir dalam doa-doa dan salat-salat, cara bertaubat dan keutamaan bertaubat pada hari-hari tertentu.

'Alkitab' kitab rujukan agama Yahui mencantumkan tentang dosa-dosa dan pengampunan dalam berbagai ayat. Namun yang harus diketahui adalah pembersihan dosa itu bukan merupakan perkara yang mudah untuk diperoleh.

  • “Berjalanlah TUHAN lewat dari depannya dan berseru: "TUHAN, TUHAN, Allah penyayang dan pengasih, panjang sabar, berlimpah kasih-Nya dan setia-Nya, yang meneguhkan kasih setia-Nya kepada beribu-ribu orang, yang mengampuni kesalahan, pelanggaran dan dosa; tetapi tidaklah sekali-kali membebaskan orang yang bersalah dari hukuman." Kitab Keluaran 34:6-7.
Beberapa kandungan ayat-ayat al-Quran juga mempunyai makna seperti yang ada di Alkitab. Seperti yang tertera pada ayat yang menyebutkan, 
  • “Yang mengampuni dosa dan menerima tobat lagi keras hukuman-Nya; yang mempunyai kurnia. Tiada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya-lah kembali (semua makhluk).” QS Al-Ghafir [40]: 3
Taubat dalam agama Yahudi tidak hanya berkenaan dengan dosa-dosa perbuatan seperti: mencuri, menzalimi orang lain, namun juga mencakup pikiran dan perasaan  yang tidak terpuji kerana hasad dan dengki, di mana hal ini efeknya juga dirasakan oleh orang lain. 

Dan dengan sebab ini pula kerana lebih banyak kesempatan untuk melakukan hal itu, maka hal itu juga memerlukan taubat dan pembayaran kifarah. Sebagai contoh misalnya yang ada pada Samuel Awal, Bab 18  Tentang hal ini juga agama Islam juga menerimanya. (Qs. Ibrahim [14]: 38)


Dalam agama Yahudi terdapat pengakuan dosa. 
  • Jadi apabila ia bersalah dalam salah satu perkara itu, haruslah ia mengakui dosa yang telah diperbuatnya itu.” (Imamat  5:5)
Namun tidak ada dalil yang menyatakan bahawa pengakuan dosa perlu dengan menggunakan suara yang kuat dan disampaikan di hadapan masyarakat atau juga di hadapan tokoh agama.

Menurut keyakinan Yahudi, terdapat pula kifarah untuk menebus dosa yang dilakukan. 

  • Tiap-tiap hari haruslah engkau mengolah seekor lembu jantan menjadi korban penghapus dosa untuk mengadakan pendamaian dan haruslah kausucikan mezbah itu, dengan mengadakan pendamaian baginya; haruslah engkau mengurapinya untuk menguduskannya.  Tujuh hari lamanya haruslah engkau mengadakan pendamaian bagi mezbah itu; haruslah engkau menguduskannya, maka mezbah itu akan menjadi maha kudus; setiap orang yang kena kepada mezbah itu akan menjadi kudus. (Keluaran 29:36-37 )
Dalam Islam juga terdapat ayat yang menyebutkan tentang kifarah sebagai media penebus dosa.  Seperti pada ayat ..
  • Allah tidak menghukummu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukummu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja. Dengan itu, kafarah (melanggar) sumpah itu ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, memberi pakaian kepada mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Barang siapa tidak sanggup melakukannya, maka kafarah-nya adalah puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kafarah sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat-Nya agar kamu bersyukur (kepada-Nya).” (QS Al-Maidah [5]: 89).
 Dinding ratapan kaum Yahudi.


Rapat ke Tembuk Ratapan, antara strategi paling jitu mendekati satu kaum yakni mengikuti perilaku mereka, termasuk cara bersembahyang. Semasa menjadi alon presiden Amerika Syarikat dari Partai Demokrat,Obama terpaksa melakukannya, demi restu  pengundi-pengundi Yahudi di AS...


 Tentunya pada zaman dahulu ketika ada Bait Salomo (Kuil Sulaiman yang pada masa sekarang salah satu dari tembok itu dijadikan tembok ratapan di samping Masjid al-Aqsha, taubat pada umumnya disertai dengan pelaksanaan korban dan untuk setiap bahagian dari dosa terdapat korban di mana dijelaskan dalam ayat-ayat Alkitab. (Sebagai contoh, Imamat: Bab 4)

Namun pada masa sekarang hal itu sudah digantikan dengan zikir dan doa.

Akhirnya sebagai penutup, bentuk khusus taubat yang dilakukan oleh kaum Yahudi disebutkan dalam al-Quran yang disebut sebagai membunuh jiwa. (Sila lihat pertanyaan no. 6476, Balasan atas menyembah Sapi bagi Bani Israel)

Begitulah kira-kira, bertaubat dalam agama Yahudi.


Bersambung ke siri 3..

4 comments:

Anonymous said...

Sapa yg tulis tentang taubatnya bintang2 porno dsbg dan banding2 kata islam mengakui dan menyamakan islam dengan yahudi ni?
anda penulis adlah manusia celaka secelaka celaka manusia yg sedang coba memutar belitkan kenyataan
kau wahai penulis sama seperti lembu dan kerbau malah yaka lebih tinggi darjat kau dari kerbau lembu

Anonymous said...

Buktikan hujjah kamu..

Anonymous said...

Patut dibuang saja tulisan tak bernilai itu. (June 19, 2015 at 4:21 PM) Buang masa membacanya.

Anonymous said...

Tahniah Pak Hasyim. ILMU ITU TANPA BATAS DALAM ERA IT SEKARANG. POST lah apa saja. Tak ada masalah. Kita umat OPEN MINDED. Masing masing buat judge sendiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails