Wednesday, June 17, 2015

Nazir Rancang Tubuh Parti Baru, Adik Najib Tikam Belakang? (77).

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?


Ahli pembankan Datuk Seri Nazir Abdul Razak, adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Abdul Razak telah memulakan inisiatif untuk menubuhkan sebuah parti politik bukan partisan yang baru untuk mendekati semua kaum, Lapor Asia Sentinel.

Laporan itu berkata parti baru itu bertujuan untuk "melakar semula landskap politik negara" dan menamatkan politik perkauman.

Nazir, yang mengetuai Bank CIMB, dilaporkan telah menemui bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Saifuddin Abdullah, salah seorang daripada beberapa pemimpin Umno yang berfikiran liberal, untuk memimpin parti baru.

"Rakan-rakan Nazir telah menasihati beliau supaya menjadi penggerak utama, atau ia tidak akan berhasil.

"Saifuddin (gambar), walaupun dihormati sebagai seorang sederhana, tetap tidak mempunyai pengaruh yang meluas untuk menarik sokongan," kata laporan itu.

Laporan Asia Sentinel muncul di tengah-tengah kemelut perpecahan Pakatan Rakyat dan hubungan yang semakin selesa di antara PAS dan Umno.

Ini, kata laporan itu, telah membuka ruang terhadap kemungkinan penjajaran semula politik,  kerana parti komponen BN mungkin mengetepikan Umno untuk mencari rakan-rakan yang lebih baik.

Nazir, yang merupakan ahli pembankan yang  dihormati dan anak perdana menteri kedua Malaysia, boleh menyediakan platform untuk gabungan baru, katanya.

Sejak beberapa bulan yang lalu, Nazir dilihat kritikal terhadap dasar-dasar Putrajaya, terutamanya dalam pengendalian kontroversi 1MDB, dan ini memberi kredibiliti kepadanya.

Laporan itu menyatakan bahawa Nazir dan sekutunya sangat mampu untuk menyediakan dana yang diperlukan. (Sumber Mk)

Apakah ini percepatkan lagi kejatuhan Najib? Adiknya menikam abang dari belakang?


KEMASKINI
Adik kepada perdana menteri, Datuk Seri Nazir Abdul Razak hari ini menafikan bahawa beliau bercadang untuk menubuhkan satu parti politik yang baru.

"Saya merujuk laporan berita yang terbaru bahawa saya akan menubuhkan satu parti politik yang baru.
"Perkara itu tidak benar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebaliknya, Nazir yang juga pengerusi CIMB berkata beliau telah mengadakan perbincangan untuk menubuhkan sebuah NGO untuk membela kesederhanaan. Nazir berkata beliau "semakin berasa bimbang " mengenai persekitaran sosio-politik serta kesannya ke atas ekonomi. (MK).
 17 Jun 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails