Thursday, May 21, 2015

Ahmad Awang Cabar Abdul Hadi











Asmuni menunjukkan senarai calon yang layak bertanding dalam pemilihan pada Muktamar Tahunan Pas ke-61 pada sidang akhbar di Pejabat Agung Pas Pusat di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Pemilihan Pas yang akan berlangsung di Kuala Se­langor, Selangor pada Jun depan bakal menyaksikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang telah menerajui parti itu sejak 2002 dicabar buat kali pertama dalam tempoh 13 tahun oleh bekas Naib Presiden parti itu, Ahmad Awang  (gambar atas) dalam pertandingan satu lawan satu.


Pertandingan satu lawan satu juga melibatkan kerusi Timbalan Presiden Pas apabila penyandang­nya, Mohamad Sabu yang mempertahankan jawatan tersebut bagi penggal kedua dicabar oleh calon berlatar belakang ulama, Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga penyandangNaib Presiden parti.


Perkara tersebut diumumkan secara rasmi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar Pas ke-61, Asmuni Awi di Pejabat Agung Pas Pusat di sini semalam.


Beliau turut memaklumkan seramai enam calon disahkan bertanding bagi menduduki jawatan Naib Presiden Pas dalam pemilihan pada muktamar tahunan parti itu pada 4 hingga 6 Jun ini.


Calon tersebut ialah Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub, masing-masing mempertahankan jawatan Naib Presiden selain Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Idris Ahmad dan muka baharu Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor. Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar turut mencuba sekali lagi bertanding jawatan Naib Presiden setelah kalah dalam pemilihan pada 2013.
(IH)


Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

1 comment:

maae said...

Kafang2 cabar 'mencabar pengaruh' ini baik juga. Boleh tahu KPI dan tahap masing-masing dari majoriti penyokong.

Cuma yang tidak baik, mencabar tanpa tujuan, menjahanamkan pertubuhan dan dasar-dasar parti. Dalam kes ini Hj Hadi sepatut nya mesti di cabar kerana kegagalan beliau menegakkan aspirasi perjuangan Pas bersandarkan sunnah wal jamaah yang beliau sendiri tidak mematuhi nya. Apa lagi anasir luar bukan Islam melorek Pas seolah nya Islam Melayu Pas tidak lain untuk berdiri di tepi jalan sahaja...

Professional konon nya dan Ulama di bawah nya yang kemudian nya tidak perlu di sebut Islam dalam urusan parti seperti keinginan kawan kincan Pas ia itu Dap... pelik !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails