Monday, February 17, 2014

Isa Samad Mahu Anak-gadis Felda Jadi Begini.. Islamikkah?


LAILA Ali (gambar atas), merupakan anak kepada bekas peninju profesional, Muhammad Ali. Dia adalah puteri dari isteri ketiga Muhammad Ali, Veronica Ali Porsche. Laila, anak kedua mereka dan yang paling terkenal dari sembilan anaknya. Inilah idola pemimpin UMNO..

 Felda lahirkan peninju wanita tiga tahun lagi - Isa Samad

PEKAN: Felda optimis melahirkan beberapa peninju wanita dari kalangan anak peneroka untuk mewakili negara di gelanggang antarabangsa dalam masa tiga tahun lagi.
  
Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata impian itu tidak mustahil boleh dicapai berdasarkan minat yang ditunjukkan oleh beliawanis Felda dalam setiap pertandingan tinju yang dianjurkan.
  
"Seperti persatuan peninju lain, Felda juga berusaha mencari peninju wanita dalam kalangan belia Felda untuk wakil negara ke Sukan SEA, Sukan Komanwel atau mungkin Sukan Olimpik satu hari nanti... sudah banyak tahun kita tiada wakil peninju wanita di sukan antarabangsa," katanya.
   
Diharapkan pada Sukan SEA 2017 apabila Malaysia menjadi tuan rumah, peninju-peninju wanita terutama anak Felda akan dapat beraksi di gelanggang, katanya kepada pemberita selepas merasmikan pertandingan akhir Kejohanan Tinju Piala Pengerusi Felda 2014 di Felda Chini dekat sini, malam tadi.
  
Walaupun belum ada peninju wanita yang berada pada tahap boleh mewakili negara ditemui dalam beberapa kejohanan ynag dianjurkan Felda, beliau berkata terdapat beberapa bakat yang menonjol dan boleh diketengahkan.
  
Mohd Isa berkata dengan adanya gelanggang tinju di beberapa wilayah Felda di seluruh negara, bakat-bakat baharu dalam sukan itu boleh memperbanyakkan latihan dan memperkemaskan diri menggunakan kemudahan yang ada.
  
"Felda mempunyai banyak bakat yang boleh diketengahkan. Mereka perlu perbanyakkan lagi latihan, kebiasaannya setiap peninju lelaki dan wanita sekurang-kurangnya memerlukan masa lima tahun latihan, sebelum boleh wakili negara," katanya. – Bernama



Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Beginilah cara berfikir pemimpin-pemimpin UMNO, tidak berfikir secara Islamik, berfikir jahiliah. Tidak melihat Islam secara syumul..

Lihat mengenai tinju wanita..

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
  100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.  
HMH STEVIA HERBA.  
Wakil Penjual: 
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

Hasibullah-012 2190400 (Kelang/Meru)
W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
  
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) 
Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis)
Asri 0125445084 (Jitra) 
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
P.Pinang
CT Rahmah 0132289576
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)
Melaka 
Rahmat 0147266599 (Jasin)  
Johor 
Syed 0176778774 (JB)  
Lihat artikel

4 comments:

Anonymous said...

nanti kalo tubuh pasukan polis moral, hg la paling layak jd ketua.

Ibnu Hasyim said...

Al-hamdulillah.

Anonymous said...

UMNO dari dulu memang tak Islamik jadi janganlah harap UMNO akan melaksanakan Islam. Dah 57 tahun perintah langsung takde usaha nak jadikan Malaysia ni negara Islam. Setakat sambut Maal hijrah, Maulidur Rasul, Tilawah Al-Quran dan tubuh mahkamah syariah untuk masalah nikah kahwin itu hanya kosmetik. Kalau nak Islam senang aje guling UMNO by hook or by crook kalau seribu tahun belum tentu Islam ni terlaksana di Malaysia. Takkan nak tunggu Imam Mahdi dan Nabi Isa baru Islam ni tegak di Malaysia. Dari pru 1955 sampai pru 2013 asyik kena tipu takkan masih nak kena tipu.

Unknown said...

kalau berfikir secara Islamik, wang tarak masuuukkkk bang..!!! taraakkk massuuukkkk...!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails