Wednesday, February 19, 2014

Erra Faira, Bekas Ratu Cantik Bercerai Kali Kedua..


Foto


Shah Alam: Spekulasi rumahtangga membabitkan pelakon popular, Erra Fazira akhirnya terlerai apabila dia sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini.

Perceraian itu direkodkan dihadapan Hakim Syarie Mohammad Adib Husain selepas pasangan itu bersetuju untuk bercerai secara baik.

Bagi Erra, ini perceraian kali kedua selepas perkahwinannya sebelum ini dengan anggota kumpulan KRU.

Bekas Ratu Cantik Malaysia 1992 itu memfailkan permohonan cerai secara baik dan permohonan hak penjagaan anak itu semalam masing-masing mengikut Seksyen 47 dan Seksyen 82 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Pasangan berkenaan bersetuju untuk menyerahkan hak penjagaan anak perempuan mereka, Engku Aleesya, 5, kepada Engku Emran (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails