Saturday, February 22, 2014

Pemimpin PAS Dilarang Lagi Masuk S'wak, Mengapa?



Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Mazlan Aliman dilaporkan dilarang lagi daripada memasuki Sarawak hari ini. Menurut posting di Facebook beliau, perintah larangan itu datang dari Pejabat Ketua Menteri.

Katanya, beliau ditahan pihak berkuasa Imigresen apabila tiba di Lapangan Terbang Sibu pada jam 11.25 hari ini. Penjelasan yang diberikan, katanya, ialah ia atas perintah Pejabat
Ketua Menteri.

Mazlan berkata beliau percaya larangan itu berkaitan dengan perhimpunan Sarawak mengenai hak-hak tanah yang akan dirasmikan oleh Presiden PAS di Beting Maro esok. Ini adalah kali kedua Mazlan dilarang masuk ke Sarawak. Kali pertama beliau dilarang masuk ke Sarawak ialah pada 6 Julai 2011 di Lapangan Terbang Miri. (MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails