Monday, February 17, 2014

Tiada Surat Pun! MB Nafi Letak Jawatan

Abdul Khalid menafikan kewujudan surat peletakan jawatan yang dikatakan oleh media. - Gambar The Malaysian Insider. 
Abdul Khalid menafikan kewujudan surat peletakan jawatan yang dikatakan oleh media. - Gambar The Malaysian Insider. 

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan beliau enggan menandatangani surat peletakan jawatan untuk membenarkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan menteri besar Selangor.

Menteri besar Selangor itu menegaskan, beliau sendiri tidak mengetahui kewujudan surat tersebut, berbeza dengan laporan media sebelum ini.

"Cerita itu tidak benar. Tiada surat pun.
"Isu ini saya tidak perlu komen. Kita buat kerja sahaja," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) Selangor di Klang hari ini.

Akhbar The Star sebelum ini melaporkan Abdul Khalid Ibrahim enggan menandatangani surat peletakan jawatan bagi membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan menteri besar Selangor. – 17 Februari, 2014. (THI)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails