Saturday, February 22, 2014

Lebanon Tangkap Tokoh Penting Briged Abdullah Azzam

Gambar-gambar di atas Briged Al-Qassam bukan Briged Abdullah Azzam.

BEIRUT 22 Feb. - Pihak berkuasa keselamatan di Lebanon berjaya menangkap seorang ahli kumpulan militan Sunni yang disyaki melatih pengebom berani mati dan memasang bom kereta untuk sebuah kumpulan militan radikal di sini, semalam, kata beberapa sumber keselamatan.
Sumber itu berkata lagi, kumpulan radikal terbabit bertanggungjawab terhadap beberapa serangan ke atas aset yang mempunyai kepentingan dengan negara Iran di Beirut.

Katanya, Hassan Abu Afleh ditahan di Beirut pada hari Sabtu lalu selepas dia disyaki menjadi tokoh penting di dalam Briged Abdullah Azzam.

Briged Abdullah Azzam merupakan kumpulan yang mendakwa bertanggungjawab melakukan dua serangan berani mati berdekatan pusat kebudayaan Iran yang mengorbankan lapan orang awam.
 - REUTERS

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails