Friday, January 24, 2014

Sultan Johor Beli Nombor Plat WIN RM748,000


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (gambar) berjaya membida nombor plat W1N dengan harga RM748,000.

Akhbar bahasa Inggeris, New Straits Times, melaporkan Sultan Ibrahim bertitah, baginda tidak keberatan membayar jumlah wang tersebut untuk nombor plat yang diingininya. Sultan Ibrahim bertitah, wang yang dibelanjakan tersebut akhirnya akan dikembalikan kepada rakyat.

"Rakyat akan mendapat manfaat daripadanya. Jadi, jumlah yang dibayar adalah kecil berbanding dengan faedah yang rakyat akan terima," titahnya, dipetik daripada akhbar berkenaan.

Tambahnya, proses pembidaan yang dilakukan itu mengikut prosedur yang betul.
"Saya bukan jenis yang suka melangkau prosedur untuk mendapatkan sesuatu. Ini adalah 'cara Johor' untuk membayar apa yang kita mahukan kerana semua perlu mendapat peluang yang adil dan seperti kata pepatah 'the best man wins'," katanya.

Semalam, pengerusi badan pemantau jenayah Mywatch, R Sri Sanjeevan mendedahkan bahawa Sultan Johor membelanjakan RM174,000 dalam bidaan nombor plat pendaftaran kenderaan.

"DYMMM Sultan Ibrahim sekali lagi menang bidaan untuk W1N, sebelum ini WWW1," kata Sanjeevan. – 24 Januari, 2014. (TMI)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: "Rakyat akan mendapat manfaat daripadanya. Jadi, jumlah yang dibayar adalah kecil berbanding dengan faedah yang rakyat akan terima," titah Sultan Johor. Begitukah kepimpinan Islam, kepimpinan Rasullillah SAW? Ulama-ulama UMNO tolong jawab.

3 comments:

mohd azrul said...

kenapa nak pertikai sultan johor beli nombor plat itu baginda ada hak nak beli nombor plat itu jangan sampai menghina sultan johor dan ibnu hasyim janganlah pertikai ini dah menghina sultan johor

Anonymous said...

wahai badigol mohd azrul,
nampak benar kamu adalah seorang yg dangkal, kenapa perlu bermegah-megah dengan kemewahan....itu riak, sombong, takbur....itu sifat syaitan, iblis, laknatullah.

sultan adalah ketua agama di johor....ketua agama bawa sifat syaitan??????

Anonymous said...

Dia punya sukala....bukan pakai duit bapak ko

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails