Friday, February 01, 2013

Drama 'Sahara' Hina Islam, Hentikan Serta-merta!

FINAS - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
FINAS - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
HALAMAN HIBURAN

KL, 1 fEB 13: Pihak bertanggung jawab di negara ini digesa supaya memberi desakan ke atas pihak Astro supaya menghentikan serta-merta tayangan drama berjudul “Sahara” yang sedang ligat ditayangkan di Astro Prima kerana telah mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat Islam. Lapor Harakah Daily hari ini.

Gesaan juga ditujukan terhadap pihak yang berautoriti supaya menapis dan memantau semula keseluruhan skrip, adegan dan babak yang terkandung di dalam dramatersebut.

Gesaan dibuat oeh Siti Fatimah Azzahra Mohd Nazri dari Spirituality & Islamization Secretariat, Students’ Representative Council 2012/2013, International Islamic University Malaysia.

Menurut Fatima, "Tidak dinafikan industri perfileman kini menunjukkan perkembangan positif dari semasa ke semasa. Filem dan drama berunsurkan Islam semakin banyak dihasilkan, ini adalah sesuatu yang harus dipuji. Namun sejauh manakah kualiti drama Islamik tersebut dapat memberi impak yang benar-benar berkesan kepada penonton.

"Penghasilan sesebuah drama Islamik perlulah menepati syariat yang betul dan selari dengan panduan yang telah digariskan dalam Islam. Namun, apa yang dilihat kini, drama-drama Islamik yang dihasilkan tidak memperlihatkan ciri-ciri Islam tetapi menggambarkan imej Islam yang tidak sempurna di mata masyarakat.

"Promo Drama Islamik berjudul “Sahara” yang sedang ligat ditayangkan di Astro Prima telah mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat Islam apabila didapati terdapat unsur-unsur yang tidak selari dan bertentangan dengan syariat Allah swt. Ia seolah-olah menimbulkan persepsi bahawa wanita muslimah yang berhijab dan berpurdah juga ‘sama’ seperti wanita lain apabila berdating dan berpegangan tangan.

Bagi Fatimah, drama ini benar-benar merosakkan imej wanita muslimah yang berhijab lebih-lebih lagi berpurdah. Perlulah difahami bahawa imej wanita ditonjolkan melalui pemakaian dan sikapnya. Ia sebenarnya mencerminkan Islam itu sendiri. Jadi, sekiranya imej itu telah dicalari, ia sebenarnya mencalarkan imej Islam itu sendiri.

Penghasilan sesebuah filem dan drama yang berunsurkan Islam, meurutnya lagi, wajib didasari dengan pelbagai cabang ilmu. Akibat daripada kejahilan individu-individu yang terlibat dalam penghasilan sesebuah filem atau drama, maka terhasillah drama sebegini yang secara terang-terangan telah mencemarkan nilai-nilai Islam.

Pihak yang bertanggungjawab seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) seharusnya menguatkuasakan pantauan sesebuah filem dan drama yang dihasilkan dari segenap aspek.

"Kami juga ingin menyeru seluruh masyarakat yang beragama Islam khususnya mahasiswa supaya bersama-sama mempertahankan kesucian Islam dengan membantah tayangan drama Sahara kerana drama tersebut bukan sahaja telah menimbulkan fitnah tehadap pembawa imej Islam bahkan kepada agama Islam itu sendiri." Saran beliau.

Weblog Ibnu Hasyim menyokong penuh pandangan beliau. "Syabas Fatimah! Kamu pembela muslimah. Sekali gus membela Islam dari dihina." kata editornya Hj Mohd Hasyim. (IH).

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails