Sunday, January 27, 2013

Ahli Keluarga Presiden Syria Mula Melarikan Diri.

 Seluruh bandar Homs musnah akibat bedilan udara tentera Syria semalam. 

BEIRUT - Ahli keluarga Presiden Syria, Bashar Al Assad termasuk ibunya, Anisa Makhlouf, melarikan diri dari negara itu. Media Britain, Telegraph melaporkan, Robert Ford yang berkhidmat sebagai duta Amerika Syarikat ke Syria memberitahu, ahli keluarga rejim itu meninggalkan negara terbabit secara senyap.

“Ibu Assad dilaporkan melarikan diri ke Emiriah Arab Bersatu, manakala kakaknya Bushra melarikan diri ke Dubai,” katanya.

Beliau berkata, lokasi persembunyian keluarga Al-Assad yang lain masih belum dikesan tetapi dipercayai sebahagian daripada mereka masih berada di ibu negara tersebut. Sementara itu, angkatan tentera Syria melancarkan serangan roket berterusan ke arah kawasan yang di takluk pemberontak di tengah-tengah wilayah negara itu, Homs semalam.

Ketua kumpulan aktivis melaporkan, sekurang-kurangnya 140 terbunuh dalam pertempuran antara kedua-dua pihak di seluruh negara. Jurucakap Pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (UNCHR) Melissa Fleming berkata, bilangan rekod pelarian Syria ke Jordan meningkat dua kali ganda dengan jumlah keseluruhannya mencecah 65,000.

“Pendatang kebanyakannya berkeluarga, wanita, kanak-kanak dan warga tua,” katanya.

Menurutnya, lebih 30,000 pendatang baru dari bandar selatan Daraa iaitu kawasan awal  pemberontakan tercetus sejak dua tahun lalu memasuki Zaatari. - Reuters

1 comment:

Miss Vee said...

This Is What You Really Want !!
Something That Beyond Your Imagination !! >>> CLICK HERE !!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails