Monday, January 28, 2013

Kpd: Yg Mulia Bishop, Drp Tn Guru Dato N/ Aziz..


Bishop Francis menerima hadiah kek harijadi daripada TG Nik Aziz

PULAU PINANG: Pertemuan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bersama Bishop Katolik Sebastian Francis semalam dilihat mampu mengendur ketegangan perbezaan agama disaat ada pihak tidak bertanggungjawab cuba menangguk di air keruh.

Dalam pertemuan bersejarah semalam, Nik Aziz menghadiahkan satu kek kepada Bishop daripada Penang Diocese yang meliputi Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan. Di atas kek itu tertera perkataan mudah: “Kpd: Yg Mulia Bishop, Daripada: Tn Guru Dato Nik Aziz, Mursyidul Am PAS.”

Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan dikatakan mempunyai jadual penuh di Pulau Pinang, namun beliau membatalkan satu pertemuan supaya beliau dapat berjumpa dengan Sebastian dalam masa yang singkat. Menurut wartawan Anil Netto yang mencatatkan peristiwa bersejarah itu di blognya, Nik Aziz kelihatan letih – katanya beliau susah menahan penghawa dingin dan juga hujan.

Tapi sinar matahari, Anil berkata, Nik Aziz berkata beliau sentiasa alu-alukan dengan keceriaan terpancar dari muka Tuan Guru. Dalam pertemuan itu, Sebastian mendoakan kesihatan kepada Tuan Guru Nik Aziz. Dalam perbincangan mereka, menurut Anil Netto, Tuan Guru sentuh mengenai kerohanian, di mana perkara ini sangat dipersetujui oleh Sebastian yang turut merintih mengenai fokus berlebihan pada kebendaan dalam pembangunan insan masa kini.

“Negara ini perlukan kerohanian Tuan Guru sebagai contoh,” kata Sebastian.

Semasa mengambil gambar bersama, Tuan Guru juga sempat bergurau. “Saya tak pasti apa media perdana akan tulis mengenai pertemuan kita,” kata beliau.

Turut bersama dalam pertemuan itu ialah ahli parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa. Semalam, Tuan Guru Nik Aziz turut meraikan hari jadinya di kediaman Pengerusi DAP Karpal Singh. Pertemuan tersebut melahirkan air mata gembira bagi para penyokong Pakatan Rakyat kerana tanda sepakat antara dua pemimpin tersebut cukup terserlah.

Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulangtahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, PAS dan PKR. Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata beliau terkejut kerana pemimpin PAS itu tiba 30 minit lebih awal.

"Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.
"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya. (Hrkh)

1 comment:

Pakcu Rantau Panjang said...

Tu..la cara main parti. Bila rasa rengang saling kunjung mengunjung kerana apa..."belaga angin"...kata orang kurap yang jelas pun kata panau kalau dah setuju miski dulu pernah di ludah tapi bila kasih bersimpul kembali.

Tapi kalau dah "tak belaga angin"...berbagai helah diberi. Berbagai cara dikatakan tak bagus apa lagi kudis di kata kurap..dimaki hamun ke merata dunia ....inilah dunia parti yang penuh warna warni...ish..ish..CUBAAAAAAAN.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails