Saturday, November 03, 2012

Panggung Wayang S/Alam 'Projek BN' -K/Samad


MP dakwa panggung wayang di Shah Alam 'projek BN'



HALAMAN HIBURAN
AHLI parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendakwa satu projek pembangunan kompleks panggung wayang dengan ruang eksklusif di kawasannya, yang menerima bantahan penduduk setempat, adalah satu "projek BN".

"(Jenis projek seperti) ini merupakan projek yang dijalankan oleh BN, bukan Pakatan Rakyat.

"Jangan kaitkan dengan dengan Pakatan, Umno akan mainkan (ini) bila siap (bahawa) inilah (projek) Pakatan, katanya dalam satu sidang media di pejabatnya di Shah Alam petang ini.

Beliau mendakwa, syarikat pemaju tersebut dimiliki oleh seorang bekas calon BN daripada MIC yang pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2008 di Perak.

NONE"Yang terlibat bukan orang Pakatan," katanya yang berkeras bahawa Pakatan Rakyat tiada kena mengena dengan projek berkenaan.

Beliau juga mendesak Majlis Bandaraya Shah Alam memberi penjelasan rasmi berhubung kelulusan projek berkenaan yang turut melibatkan pembinaan ruang eksklusif itu.

Sedangkan sebelum ini, iklan yang dipaparkan pada pagar bangunan tersebut hanya menjelaskan rancangan untuk membina pusat komersial dan bukannya tempat hiburan, katanya.

"Kita mendesak MBSA jelaskan bagaimana tempat itu diberikan kelulusan (pembinaan). Daripada yang kita tahu, almarhum Sultan Selangor (Sultan Salahudin Abdul Aziz) tidak mahu tempat-tempat sebegitu (di Shah Alam).

Sultan beri perkenan?

"Kita minta penjelasan kenapa, mengapa dan bagaimana pembinaan tempat sedemikian boleh diluluskan," katanya dalam sidang media petang ini.

Khalid yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat mendakwa kebenaran dan kelulusan perancangan pembinaan wayang dan bilik tersebut telah diluluskan tetapi permohonan untuk mendapatkan lesen operasi masih belum dibuat.

NONEKatanya, bahagian perancangan dan pembangunan MBSA telah memberi jawapan lisan bahawa projek berkenaan "mendapat kelulusan istana", namun beliau masih tidak berpuas hati.

"Saya nak jawapan rasmi daripada MBSA... Kenapa tidak ambil kira pandangan penduduk?

"Yang dikatakan betul sultan memberi perkenan, kalau begitu minta dia jelaskan secara rasmi. Kita tidak mahu Pakatan dipersalahkan," katanya.

Tambahnya, sekumpulan hampir 200 orang penduduk berkenaan mengadakan perhimpunan untuk membantah projek tersebut pada pertengahan bulan lalu.

Menurutnya lagi, satu projek yang sama sebelum ini dirancang untuk dibangunkan di i-City, Shah Alam tetapi tidak diluluskan. (MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails