Friday, November 02, 2012

N/Aziz Solat Di Belukar, Tepi Sungai & Dlm Istana.

TG Nik Aziz solat bersama exco dan isterinya di Istana Negeri Kelantan.

KOTA BHARU: Solat boleh dibuat di mana sahaja. Di dalam belukar, di tepi sungai mahupun di dalam istana. Inilah yang diajar secara praktikal oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada rakyatnya. Hatta tanpa memiliki kain sembahyang yang lengkap (baju puteh), beliau mengajar umat Islam boleh menunaikan solat asalkan menutup aurat.

Semalam sewaktu majlis perasmian Ekspo Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) 2012, Tuan Guru berkesempatan menunaikan solat Zohor di Istana Negeri, iaitu di satu sudut ruang pameran sempena ekspo itu. Turut menunaikan solat Zohor, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood dan isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Sebelum ini, beliau dilihat menunaikan solat di tepi belukar dan di tepi sungai.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails