KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam 
Malaysia (Mapim) menggesa kerajaan Malaysia segera bertindak melakukan 
sesuatu, jika etnik Islam Rohingya di Myanmar sekarang mahu 
diselamatkan.
 “Mapim sedang mengikuti perkembangan keganasan terbaru di Myanmar dengan dekat melalui Union of World Rohingya Organization
 yang menjadi rakan jaringan kami agar maklumat yang sah dan terkini 
dapat diperolehi,” ujar Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam
 satu kenyataan.
Beliau berkata, perkembangan terkini sangat 
meruncing di beberapa bandar di Arakan dan ada tanda ketegangan akan 
merebak ke seluruh Myanmar.
“Kami  sangat kecewa keganasan yang tercetus terkini yang lebih 
meruncing dan sangat mengkhuatirkan tidak mendapat perhatian segera 
untuk menyelamatkan komuniti Muslim Rohingya yang menjadi mangsa 
serangan oleh etnik Buddha Rakhine.
“Apakah Malaysia sebagai 
anggota OIC dan Asean hanya mahu menjadi pemerhati kepada keganasan 
penghapusan etnik yang sangat kejam sedangkan tragedi itu sedang berlaku
 dirantau ini?” katanya
Kini, jelasnya keadaan sangat meruncing
 kerana serangan kali ini nampaknya nekad untuk menghabiskan semua 
penduduk etnik Rohingya dan Kaman Muslim di seluruh Myanmar. Menurutnya, angka kematian sebenarnya sudah mencecah hampir seribu orang
 , sedangkan bilangan rumah dan perkampungan orang Rohingya yang dibakar
 jauh lebih besar jumlahnya.
Sebenarnya, kata beliau dunia 
sedang menyaksikan pengulangan peristiwa pembunuhan massa kaum Serbia ke
 atas kaum Bosnia pada 1995. Katanya lagi, hanya setelah ratusan ribu kaum Muslim Bosnia terbunuh barulah Nato bertindak ke atas Serbia.
“Kami menegaskan bahawa saat ini bukan lagi masanya untuk mengeluarkan 
kenyataan tetapi hendaklah melakukan tindakan konkrit untuk melindungi 
mangsa Rohingya Muslim yang menjadi sasaran serangan kaum Rakhine yang 
dibantu oleh tentera dan polis Myanmar,” ujarnya.
Justeru, 
katanya Mapim mendesak kerajaan Malaysia menghantar delegasi khas dengan
 segera untuk menyampaikan mesej tegas bahawa tindakan kerajaan Myanmar 
tidak boleh diterima sama sekali. Katanya, pihak kedutaan Myanmar di Malaysia hendaklah dipanggil 
segera untuk menyampaikan pendirian negara terhadap kekejaman yang 
sedang berterusan sekarang. (Hrkh)

3 comments:
heil freund salam,
knp PBB buat tak reti? sbb xda minyak
http://sambal3gp.tumblr.com/
setau saya bangsa rohingya tiada dalam tafsiran UNESCO. Dengan kata kata rohingya tidak diiktiraf PBB. sebab itu tidak ada apa2 tindakan daripada PBB
Selamatkan Rohingya - baus, alhamdulillah kita mempertahankan agama Allah.
Tapi bagaimana dengan pencemaran dan penghinaan agama Allah hini di bumi Malaysia sendiri oleh babai-babi MCA, Gerakan dan UMNO sendiri? dibiarkan?
Post a Comment