Wednesday, October 31, 2012

'Gadis Diculik' Ingin Kahwin, Cepatkan Saja!



Mangsa yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibawa pulang ke rumahnya di sini, jam 6 petang semalam sebelum diambil keterangan oleh polis. Sementara itu, Norshahirah yang ditemui masih trauma dan terpinga-pinga ketika disambut ahli keluarga yang merindui kepulangannya.

Remaja itu masih sugul dan keberatan menjawab soalan mengenai kisahnya apabila ditanya media selain hanya mengangguk lesu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohd Fakri Che Sulaiman berkata, kejayaan membawa pulang remaja terbabit hasil kerjasama jurunikah dikenali sebagai ‘Pak Lurah’ yang enggan menikahkan pasangan itu.

Katanya, jurunikah berkenaan membuat laporan kepada pihak berkuasa negara berkenaan dan menjaga remaja itu sehingga dihantar ke Malaysia.

“Kami menganggap kejayaan membawa pulang remaja ini sebagai satu keajaiban kerana dilakukan menerusi budi bicara. Sebelum ini, kami cuba menjejakinya termasuk menerusi bantuan Interpol, tetapi gagal mengesannya,” katanya di sini, semalam.

Remaja itu tidak pulang ke rumah selepas dibawa lelaki dikenali sebagai Patah sebaik keluar ke bandar Teluk Intan untuk bertemu seorang rakan pada 20 Oktober lalu. Sementara itu, Zaman Huri berkata, anaknya membayangkan kemungkinan tidak mengambil peperiksaan SPM yang kurang seminggu.

“Alhamdulillah, dia berada dalam keadaan baik dan kesihatannya pun tiada masalah, hanya kelihatan letih mungkin kerana terpaksa mengharungi perjalanan panjang,” katanya. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Jika dilihat kes ini, walaupun disebut 'diculik' tetapi berlaku kerelaan dari gadis itu, tidak dipaksa-paksa. Lebih tepat disebut lari dari rumah, ikut teman lelaki.dan ingin kahwin. Dan lelaki itu pula, bukan penculik ganas, perogol, penyamun atau pemerdagang manusia, kerana dia ingin memperisterikan gadis itu. Supaya jadi isteri yang sah, bukan bernajis zina.

Oleh itu percepatkan perkahwinan mereka, elakkan maksiat.. Lihat video ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails