Tuesday, October 30, 2012

Tanam Sayur Atas Bumbung Di Palestin


AFP BEBERAPA bekas yang mengandungi pelbagai jenis sayur di atas sebuah bangunan apartmen di Bandar Gaza pada 9 Oktober lalu. 

JOM KREATIF
BANDAR GAZA, Palestin - Penduduk di sini menanam pelbagai jenis sayur dan tanaman herba di atas bumbung apartmen mereka. Banyak bumbung rumah dan bangunan apartmen di bandar ini dilengkapi sistem penanaman yang menggunakan air serta bahan kumuhan dari tangki-tangki ternakan ikan tilapia sebagai baja.

Sistem tersebut menggunakan saluran paip yang panjang dihubungkan ke tempat menanam sayur-sayuran dan tumbuhan lain. Projek tersebut dibiayai sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Ia adalah untuk membantu penduduk paling miskin di bandar ini menghasilkan makanan sendiri tanpa menggunakan racun serangga," kata timbalan pengurus projek berkenaan, Mohammed El Shatali.

Seorang penduduk berusia 51 tahun, Abu Ahmed menanam salad, brokoli dan beberapa tumbuhan herba lain di atas bumbung rumahnya dengan menggunakan sistem tersebut. Abu mampu memberikan 13 anggota keluarganya makan sayur-sayuran segar dan ikan menerusi penglibatannya dalam projek itu. - AFP 

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails