Tuesday, October 30, 2012

Haji: Selesai, Semua Jalan Baik -Gabenor Mekah

SEBAHAGIAN jemaah haji mengelilingi Kaabah di Mekah semalam.

MEKAH - Seramai 3.1 juta jemaah selesai menyempurnakan ibadah haji pada hari terakhir di sini semalam tanpa berlaku sebarang insiden besar. Pihak berkuasa Arab Saudi menganggap musim haji tahun ini sebagai antara yang paling berjaya. Mereka turut mengucapkan tahniah kepada para jemaah walaupun terdapat sejumlah daripada mereka memasuki kota suci ini tanpa permit yang sah.

"Semuanya berjalan begitu baik," kata Gabenor Mekah, Putera Khaled Al-Faisal kepada pemberita.

Menurut beberapa pegawai, sekitar 120,000 anggota polis bersama pegawai kesihatan telah dikerahkan mengawasi perjalanan haji selama lima hari. Kumpulan terakhir jemaah haji melontar jamrah semalam di Mina. Mereka kemudian menuju ke kota suci ini untuk melakukan tawaf widak sebelum meninggalkan Arab Saudi untuk pulang ke negara masing-masing.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kesihatan Arab Saudi, Abdullah Al-Rabia berkata, tiada sebarang penyebaran penyakit dilaporkan berlaku pada musim haji kali ini. Pada tahun ini sahaja, Arab Saudi membelanjakan lebih AS$293.3 juta (RM870.3 juta) untuk projek pembangunan di Mina, Arafah dan Muzdalifah bagi keselesaan jemaah. - AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails