Monday, October 29, 2012

MAIPP: Saleh Man Perlu Tegas.. Syabas!


 
PULAU PINANG: Datuk Salleh Man, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) perlu bersikap tegas,dan kotakan apa yang dikatakan. Demikian saranan weblog Ibnu Hasyim.
Hal ini disarankan, apabila Ustaz Saleh sendiri mengingatkan Umno Pulau Pinang supaya jangan sekali-kali masuk campur dalam urusan pemilihan Ahli Jawatankuasa Masjid seluruh Pulau Pinang yang bakal bermula Disember 2012.
Saleh (gambar) berkata dimikian ketika ditemui di majlis korban di Kampung Tanah Liat Mukim 8, Bukit Mertajam semalam juga mengesa Umno Negeri supaya hentikan segera putar belit kononya Maipp berusaha menguwudkan pilihanraya masjid.

Di sini katanya, tidak wujud pilihanraya masjid sebagaimana yang digembar gemburkan oleh mereka yang dengki dengan kemajuan Maipp setelah diperintah oleh Pakatan Rakyat.

"Kita nak perbetulkan anggapan rakyat sebenarnya Maipp bukan nak buat pilihanraya masjid sebaliknya pemilihan barisan jawatankuasa yang betul-betul bertanggungjawab, mengimarahkan masjid dan tidak bersikap ego seolah-olah masjid menjadi milik perseorangan," tegasnya.

Jesteru itu sekarang ini Maipp sedang menjalankan persempedanan qariah dan pendaftaran anak qariah yang layak buat pemilihan AJK Masjid supaya perlantikan mereka itu nanti akan merancakkan lagi syariat Islam walaupun negeri ini berketua menterikan seorang bukan Islam iaitu Lim Guan Eng.

Senarai kelayakan mereka yang bakal bertanding akan dipamerkan untuk memudahkan anak qariah yang berumur 18 ke atas membuat pemilihan berdasarkan kesungguhan dan ilmu yang ada pada kepimpinan qariah itu nanti. Sebanyak 200 buah masjid akan ditentukan kepimpinan baru menerusi tatacara yang diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agung baru-baru ini.

"Umno tidak wajar membuat fitnah kerana Maipp telah pun menerima perkenan Yang Dipertuan Agung berkaitan tatacara perlantikan.

"Sekarang ia dalam proses persempadan qariah dan pendataran anak qariah yang boleh membuat pemilihan menentukan kepimpinan masjid akan datang tidak lagi berdasarkan percaturan politik Umno, " katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir.

Saleh percaya cara yang diperkenalkan itu nanti pasti mencetuskan kerisauan pihak pengurusan masjid yang tidak amanah kerana setiap mesyuarat agung itu nanti soal kewangan akan dibentang satu persatu. Jelasnya, kerana ada masjid tidak langsung mengadakan mesyuarat agung apatah lagi membentangkan kewangan setiap tahun sepertimana lazim dilaksanakan sebelum ini.
"Kini tiba masanya MAIPP di bawah pimpinan pemimpin PAS untuk terus bergerak tegas melaksanakan aktiviti-aktviti Islam tanpa menghiraukan halangan dan rintangaan, apalagi bila penghalangnya iaah UMNO." Kata editor weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim yang juga merupakan bekas pimpinan PAS Negeri Pulau Pnang satu ketika dulu. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails