Thursday, November 01, 2012

Import Artis K-Pop,UMNO Berjaya-Dr Mohd Hasyim


Barisan mereka yang terlibat dalam Shout! Awards 2012. 

Dr Mohd Hasyim sedang bercderamah di Majlis FKUB di Medan, Indonesia

HALAMAN HIBURAN
KL: BERJAYALAH puak-puak UMNO menghancurkan pemikiran generasi muda Malaysia ke arah kegiatan artis yang bertentangan dengan Islam. 
Demikian pandangn Weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim ketika mengulas pihak penganjur Shout! Awards 2012 yang menjelaskan penampilan dua artis K-Pop yang diterbangkan khas dari Korea Selatan.

"Benarkah persembahan pada majlis anugerah itu dibuat berdasarkan pemilihan peminat?" Tanya editornya.

Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan NTV7, Airin Zainul berkata, pihaknya telah melakukan kaji selidik dan menyenaraikan beberapa nama besar sebelum memutuskan untuk menampilkan kumpulan Nu'Est dan Vixx ke acara itu nanti.

Menurut Airin Zainul lagi, "K-Pop adalah undian tertinggi peminat dalam kaji selidik yang dijalankan menerusi media sosial malah turut menilai setiap cadangan yang diberikan.
 "Pemilihan Nu'Est dan Vixx juga berdasrkan daripada cadangan yang diberikan kepada pihak penganjur," ujarnya kepada mStar Online selepas sidang media pengumuman pengacara, persembahan dan penampilan artis luar negara yang diadakan di sini pada Rabu.

Shout! Awards 2012 bakal berlangsung di Surf Beach @ Sunway Laggon pada 23 November depan pada pukul 8.30 malam. Siaran langsung acara itu akan disiarkan menerusi saluran 8TV. Sementara itu, Airin berkata, menarik mengenai penganjuran anugerah tahun ini apabila sebuah program khas akan disiarkan sehari sebelum acara berkenaan iaitu 'The Show Before The Shout! Awards’. Ia akan disiarkan pada hari Khamis, 22 November depan pada pukul 9.30 malam di 8TV.

Kata Weblog Ibnu Hasyim lagi, "Kalau benar kaji selidik itu mendapat undian tertintgi peminatnya, maka UMNO bertanggung jawab ke arah memusnahkan Islam dari dalam, memisahkan Islam dari penganutnya melalui lagu-lagu hiburan, demi kepentingan kekuasaan dan politik sempit mereka. Maka umat Islam wajib menolak dan menukar kepimpinan dalam PRU13 akan datang ini."

Demi kemurnian Islam, insya Allah! Bukan macam gambar di bawah ini... (Sila lihat
Fatwa Qardhawi: Hukum Nyanyian dan Musik)
 
Bagaimana Campur Baur Begini Dari Sudut Adap Agama Dan Adat Ketimuran?
PM Hj Najib Gembira Dengan Hari Belia
Konsert, Penyanyi  Jemputan dari Negara Luar,, Berapa Dibayar Ma..
Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails