Monday, July 23, 2012

Aliran Keluar Haram, M'sia Hilang RM893B.




KUALA LUMPUR, 22 Julai — Sejumlah RM893 billion dipercayai keluar daripada cukai ekonomi Malaysia ke luar negara antara 1970 dan 2010, demikian berdasarkan laporan kaji selidik berpangkalan di London, meletakkan negara berada di tangga tertinggi antara 20 negara membangun yang dilabelkan sebagai “tewas” dalam kehilangan modal.

Jumlah itu adalah tiga kali ganda daripada hutang Malaysia yang berjumlah RM257.2 bilion pada 2011, menurut laporan media sebelum ini. Kajian yang dijalankan oleh Tax Justice Network (TJN), satu organisasi professional berpangkalan di London termasuk ahli-ahli ekonomi dan perunding cukai, Malaysia sekarang menduduki tangga ke-12 dua anak tangga di atas RM533 bilion aliran keluar Singapura dan ketiga di bawah Indonesia yang berjumlah RM1 trilion.

Menurut penyelidik James Henry di The Guardian UK hari ini, “ekonomi luar pesisir”  meninggalkan satu impak utama dengan anggaran-anggaran ketaksamaan kekayaan dan pendapatan baru dalam mana-mana negara, serta anggaran-anggaran nisbah pendapatan negara dan hutang.

“Yang lebih penting —  (ia akan) mempunyai kesan negatif amat penting di pangkalan-pangkalan cukai tempatan ‘sumber’ negara,” kata Henry dipetik akhbar berkenaan.

Bekas ahli ekonomi dan ketua di perundingan McKinsey, dalam menyediakan laporan penyelidikan bertajuk “The Price of Offshore Revisited” untuk TJN, telah memperolehi data daripada Bank of International Settlements (BIS), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan para penganalisis sektor swasta untuk menyimpulkan bahawa lebih empat dekad lalu, satu anggaran mencemaskan sejumlah RM66 trilion atau mungkin RM100 trilion telah membanjiri daripada negara asal mereka merentasi dunia meresap masuk ke dalam “rekahan sistem kewangan”.

Menurut The Guardian, ini malah lebih besar daripada saiz keseluruhan ekonomi Amerika.
Kajian berkenaan menunjukkan bahawa aset tersembunyi luar negara  oleh mereka yang mahu mengelak cukai-cukai menandakan pekali gini rasmi sebuah negara menderita akibat kehilangan  modal tidak akan mencerminkan satu gambaran sebenar.

“Standard mengukur ketaksamaan, yang cenderung untuk bergantung kepada kaji selidik pendapatan isi rumah atau kekayaan dalam setiap negara, secara radikalnya memperkecilkan jurang benar antara kaya dan miskin,” lapor The Guardian.

Ahli TJN John Christensen berkata ini bermaksud bahawa ia menunjukkan ketaksamaan mungkin menjadi lebih “teruk,” daripada perangkaan rasmi.

“Tetapi ahli-ahli politik masih bergantung pada lelehan memindahkan kekayaan untuk orang lebih miskin.

“Data baru ini menunjukkan bertentangan telah berlaku: untuk tiga dekad kekayaan luar biasa telah dialir ke dalam akaun-akaun luar negara satu bilangan yang kecil yang sangat kaya,” katanya lagi.

Pada Disember tahun lalu, pemerhati Amerika Syarikat, Global Financial Integrity melaporkan bahawa Malaysia telah kehilangan RM150 bilion melalui kehilangan modal dalam 2009 sahaja, keempat tertinggi untuk negara-negara membangun.

Pemerhati itu juga mendapati bahawa Malaysia telah kehilangan sejumlah US$338 bilion (RM1.08 trilion) pada dekad pertama  abad ini manakala RM930 bilion telah keluar dari negara antara 2000 dan 2008, bertambah kepada RM218 bilion setiap tahun dari permulaan RM71 bilion dalam tempoh itu.

Pembangkang pusat telah lama mengkritik Barisan Nasional (BN) atas kekurangan dalam menguruskan fiskal Malaysia ekoran perbelanjaan yang mana dakwa mereka bakal menyebabkan negara ini berhadapan dengan krisis hutang suatu masa nanti. (MI)

1 comment:

Anonymous said...

yelah, lepas ni ada lagi NGO2 luar negara yang tah pape wat statement pasal Malaysia ni, petiklah lagi report diorg tu.

Laporan akuan berkanun Bekas Gabenor Bank Negara pasal kes Anwar songlap RM3 Bilion tu tak nak sentuh sekali ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails