Wednesday, January 04, 2012

Zina: Seketul Daging Dirampas Lelaki Nepal, Apa Buat?

KLANG: “Memang selama ini naluri keibuan saya seperti ada sesuatu yang tak kena kepada anak gadis. Akhirnya saya bertindak menyiasat sendiri dan luluh hati apabila menangkap anak saya dengan lelaki Nepal di bilik tidur rumah kami,” kata seorang ibu berusia 30-an.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam kelmarin di Pelabuhan Klang, di sini, wanita terbabit berpura-pura tidur untuk melihat pergerakan anak gadisnya berusia 17 tahun yang sebelum ini di adu jiran menjalinkan hubungan dengan warga asing.

Menurutnya, pada malam kejadian dia nekad mengintai pergerakan anak gadisnya itu selepas kerap menerima aduan perihal kurang menyenangkan.

“Biasanya saya tidur di ruang tamu sebab lebih senang menjaga suami yang sakit. Namun, saya runsing memikirkan aduan mengenai anak saya oleh jiran-jiran.

“Kira-kira jam 12.30 tengah malam saya dan suami sudah masuk tidur di bilik dan sebelum itu memang saya lihat anak mundar-mandir macam ada yang tak kena.

“Saya mengintai dan melihat anak keluar membuka pintu rumah sebelum mengajak seorang lelaki di dalam biliknya. Pada masa itu perasaan saya hanya Allah saja yang tahu,” katanya.

Dia dan suami menyerbu ke dalam bilik berkenaan sebelum memberkas warga Nepal berusia 20-an.

Menurutnya, ketika pintu bilik dibuka dia geram melihat lelaki itu berada di atas katil anak gadisnya dan mereka mengaku sudah sembilan bulan menjalin hubungan dan lelaki itu adalah bekas rakan sekerja kilang anak gadisnya.

Bagaimanapun, katanya, dalam kekecohan di rumahnya itu, lelaki Nepal terbabit menyusup keluar dan gagal dikesan. Sehubungan itu, wanita berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan semalam dan merujuk anak gadisnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan dan siasatan dilakukan menjurus kepada kes rogol.

“Apapun, polis perlu menunggu laporan daripada hospital sebelum siasatan lanjut dijalankan. Setakat ini suspek yang dikenalpasti belum diberkas,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam kes ini apa menteri jaga wanita buat? Bukan soal tindakan polis, tapi kenapa hal ini masih berlaku? Bukan siapa patut disalahkan, tetapi kerajaan melalui kementerian hal ehwal wanita dan keluarga, perlu menggariskan jalan solusi, selagi hal ini masih berlaku berlarutan. Ini amanah dari rakyat.

Apa tidak ada otak-otak cerdik orang dalam kementerian itu untuk memikirkan? Apakah pemimpin tertinggi boleh lepas tangan dengan menyalahkan orang lain dalam kehidupan sosial rakyat begini? Dosa kerajaan yang mewujudkan suasana masyarakat pincang melalui wang rakyat dan medianya perlu dibongkar dan diperbetulkan.

Cari jalan lain sebagai solusi, kalau tidak mahu mengambil Islam sebagai jalan penyelesaian pun! Seorang perdana menteri zaman pemerintahan Islam (disebut Khalifah) pernah berkata, "Seketul daging kambing jatuh ke dalam sungai pun, ini perdana menteri (Khalifah) bertanggung jawab!".

Kini seketul daging telah dirampas puak Nepal tanpa cara sah, seperti kisah di atas, pemimpin-pemimpin rakyat, ulamak-ulamak yang diupah gaji dengan wang rakyat masih bengap, dayus dan jahil!

Masya Allah! Tolak saja BN dalam PRU13 ini, yang masih degil tidak mahu mengambil Islam sebagai formula jalan penyelesaian.. (IH)

4 comments:

Anonymous said...

bawak pi hantaq sekolah mengandung.

Anonymous said...

bawak pi hantaq sekolah mengandung.

Anonymous said...

x kan ler pompuan bawak balik nepal, umno yg yg salah?? camne nak jaga sume org? undang2 yg ada tak betul ka?

Anonymous said...

Jadi kat Klang lagi mau salah BN jugak ka ???? Bolo punya olang ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails