Sunday, January 01, 2012

1 Jan Dimulai Peristiwa Berdarah. UPSI, Cedera 20 Ditahan

Demo UPSI: Siswa cedera, 20 ditahan

Menurut saksi, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang dibawa ke hospital berdekatan setelah gagal mendapat rawatan di klinik berdekatan.

smm protest in sultan idris university 010112 safwan anangDakwanya, mulut pemimpin mahasiswa itu kelihatan berdarah setelah cuba diredakan polis dalam perhimpunan yang disertai kira-kira 60 itu.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam Twitter mereka mengesahkan Muhammad Safwan dibawa ke Hospital Tanjung Malim sebelum dipindahkan ke Hospital Slim River.

Pemimpin Pemuda PKR Rozan Asen Mat Rasip, yang kemudiannya berkumpul bersama NGO yang rapat dengan Pakatan Rakyat, di balai polis tempat mahasiswa ditahan berkata, beliau difahamkan Muhammad Safwan dalam keadaan serius.

Antara yang ditahan Presiden Kumpulan Aktivis Independen Mahasiswa (KAMI) Haziq Abdullah Abdul Aziz dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh. Tangkapan bermula selepas tengah malam sehingga jam 4 pagi tadi.

Sementara itu di Kuala Lumpur, PAS mengutuk keras kekejaman polis terhadap mahasiswa pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi. PAS kecewa, marah dengan tindakan polis yang bertindak kasar, mencederakan pelajar hanya untuk menyuraikan mereka. Sepatutnya mereka yang mempunyai kepakaran menghadapai apa jua situasi tidak perlu menggunakan kekerasan pun.
(IH)

1 comment:

Anonymous said...

Video budaq budaq kurang ajaq ini sudah mula disebarkan dlm blogg...jelas polis bertindak betul dan cekap....cuma budak budak ajaran pas dan anuar brahim ni yg fikir mereka kebal ....emak bapak budak budak ni lupa nak ajar anak mereka cara beradap sebab tu anak meraka jadi perusuh jalanan sama spt apa yg di ajar pas dan pkr....budaq hingus ni makin agressif sebab depa pikir depa kebal dan tak der saper brani sentuh mereka...sotong adam makin brani...dia lupa...jutaan rakyat sedang memerhati gerak geri nya...cuma masa akan menentukan nasib sotong ni...setakat 70 org yg terpekik terlolong atas alasan suara mahasiswa...jgn buat lawak la woi....baik elok rumah baca buku....mereka ini semua bercita cita tinggi utk jadi popular....senang anuar esok ambik jadi budak bancuh kopi kemudian membontot....Tian chua mulakan karier politik nya dgn berbaring atas jalan raya...now cina haramjadah ni dah kaya makan duit poliik jadi Mp....trend ini sedang mahu ditiru....hancur malaysia dpt rakyat mentality mcm ni...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails