Saturday, January 07, 2012

A/Hadi, Menangkan Dulu, Itu Cakap Layak Jadi PM

KL 7 Jan 12: Itulah cakap orang yang layak jadi PM Malaysia, apabila Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) menegaskan, apa yang penting sekarang untuk semua ialah memenangkan Pakatan Rakyat dalam Pilihan raya Umum ke 13 dan bukannya berbincang mengenai siapa menjadi Perdana Menteri.

Dalam satu posting di Facebook pagi ini, Abdul Hadi berkata soal menjadi Perdana Menteri ialah ketentuan Allah. “Apa yang penting kita mesti menangkan dulu PR dalam pilihan raya ke 13, soal siapa menjadi PM tidak penting, yang penting negara kita selamat, segalanya ketentuan Allah,” kata beliau.

Sementara itu, dalam temubual bersama Malaysiakini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat sekiranya memenangi pilihanraya ke 13 akan melantik seorang Perdana Menteri sementara.

“Kita sudah bincang perkara ini dengan kepimpinan Pakatan (jika beliau dipenjarakan). Adalah ia satu masalah? Tidak. Sekiranya kita menang, kita akan ada satu Perdana Menteri sementara. Sudah tentu, kerana saya yakin jika kita menang, saya tak akan berada di penjara untuk lama,” kata beliau.

Pada 9 Januari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh kontroversi berlangsung tahun lepas. Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan orang ramai yang sudah mempunyai tanggapan di minda untuk Januari 9 ini bahawa kesemua manusia akan dihukum semula dengan hukuman yang pasti adil di hadapan Allah di akhirat.

“Dalam duniawi, apapun, yang berharap akan terus menanti, yang tidak percaya akan terus tidak yakin, yang menang hari ini tidak semestinya akan terus menang, yang tewas hari ini tidak semestinya akan kalah selalu dan yang akan dihukum akan terus menjalani hukuman.

“Namun, yang pasti kesemua kita akan dihukum semula dengan hukuman yang pasti adil di hadapan Allah di akhirat. Beringatlah pada Allah selalu,” pesan Tuan Ibrahim.

"Dengan kenyataan Presiden PAS itu, jelaslah pada saya Ustaz Hadi layak jadi Perdana Menteri Malaysia, kalau PR tawan Malaysia." Jelas editor Weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim.

Katanya lagi, "Kalau di Iran kuasa tertinggi adalah pimpinan ruhani Ayatullah, tetapi yang melaksanakan ialah presidennya Ahmadinejad, yang hidup secara sederhana.

"Apalagi bila saya sudah kenal peribadi-peribadi pemimpin PAS itu seperti Ustaz Abd Hadi dan Tok guru Nik Aziz yang tawadhu' dan hidup sederhana. Juga seperti Mohd Sabu, Datuk Husam dan lain-lain, maka layak sangatlah Pimpinan PAS dilantik sebagai PM samada sementara atau seterusnya ika perlu.... Itu pandangan saya yang kerdil ini.. Lihat juga pandangan Datuk Hasan Ali di bawah!" Jelas seditor Webog ini lagi.

Lihat sebelum ini...

1 comment:

Anonymous said...

Kalau tak boleh nak tentukan siapa yang bakal jadi PM bagi pihak PR., maknanya PR lagi cepat 'bungkus' laa. Mana boleh rakyat pilih satu pakatan yang tidak boleh bagi kata sepakat, siapa yang boleh jadi ketua bila anwar sudah masuk gol nanti..

Lagi kuat laa huruhara kalau PR menang nanti. Ada ker patut..; kasi menang dulu, baru nak buat keputusan.. Macam nak tadbir persatuan jer macam tu..

Aduss..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails