Monday, January 02, 2012

Tahniah MPAJ, Bertindak Atas Judi, Arak & Rumah Urut.


BEBERAPA penguat kuasa MPAJ merampas minuman keras di sebuah pusat hiburan di Pandan Mewah awal pagi semalam.

AMPANG, 2 Jan 12: Tahniah Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), kerana bertindak ke atas kegiatan judi, arak dan rumah urut di sini awal pagi semalam sempena menyambut tahun bari 2012.

Tindakan melibatkan dua buah kafe siber yang menjalankan aktiviti judi Internet dan dua buah rumah urut disita dalam satu operasi tahun baru yang diadakan MPAJ di sekitar Pandan Indah di sini.

Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPAJ, Rosli Jaafar (gambar kecil) berkata, kesemua premis yang diserbu itu didapati menyalahgunakan operasi dan berselindung di sebalik lesen sah yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Seperti contoh, dua kafe siber yang diserbu telah menyalahgunakan lesen iaitu berselindung di sebalik nama sebuah restoran tetapi menjalankan perjudian,” katanya ketika sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Rosli, dalam operasi itu, MPAJ telah menyita sebanyak 33 unit komputer di premis berasingan iaitu di Taman Pandan Mewah dan Kampung Tasik Tambahan. Pelbagai barangan di premis itu juga dirampas seperti kerusi dan meja, minuman keras serta peralatan snuker.

“Premis yang disita telah dikenakan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber 2007 dan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000,” ujarnya.

Syabas & tahniah dari Weblog Ibnu Hasyim. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails