Thursday, January 12, 2012

Wajarkah Ustaz Hadi Jadi Nelayan Semula?

SUBKY Latif menulis dalam Harakahdaily hari ini.

SAYA terpegun bercampur pilu membaca kenyataan Persiden PAS, Ustaz Abdul Hadi Awang memilih untuk menjadi nelayan semula setelah adanya Perdana Menteri dan kerajaan yang hendak menjalankan pemerintahan bagai yang dikehendaki oleh Islam.

Ini jawapannya kepada pertanyaan tentang calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat kiranya calon yang disediakan iaitu Anwar Ibrahim berhalangan disebabkan dipenjara dan sebagainya.

Ada yang menyebut namanya sebagai seorang calon. Memang dalam politik di zaman ini, rakyat diberi kuasa menyokong menentukan kerajaan melalui pilihan raya, maka mereka mahu tahu calon Perdana Menteri.

Momentum atau persaingan hebat bagi menentukan penguasa Putrajaya dalam PRU 13 ini buat pertama kali, disebabkan keupayaan pembangkang menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri sejak Pakatan Rakyat terjelma.

Hakikat menentukan keadaan jadi begitu. Tetapi suasana juga menuntut akan calon alternatif jika berlaku sesuatu.

Ustaz Hadi sebagai seorang ulama haraki tidak pernah menolak tanggungjawab. Apabila beliau ditanya soalan itu, maka beliau memberikan satu jawapan politik dan dakwah mengikut semangat yang selalu diberi oleh ulama besar silam.

Pertama tidak menjawabnya secara tepat sebelum keperluan itu tiba tetapi adalah tanggungjawab ulama tidak menolak tanggungjawab apabila amanah itu diletakkan kepadanya.

Saidina Abu Bakar cepat-cepat mencalon Umar al-Khatab sebagai khalifah menjalan tugas pimpinan sebaik Nabi SAW wafat, kerana merasakan dirinya bukan calon terbaik. Saiduna Umar r.a. pula cepat-cepat menolak selagi Saidina Abu Bakar ada.

Itu akhlak yang berkelayakan besar bagi memimpin umah. Pimpinan negara atau kerajaan adalah penting, tetapi pemimpin Islam yang berwibawa sentiasa melihat siapa berupaya dan berkelayakan selain daripadanya, kerana yang utama bagi Islam ialah tuntutan dan hendak Islam dapat dipenuhi dan ada orang lain yang dapat memenuhinya, kalau pun tidak lebih baik, sekurang-kurang sama baik dengannya.

Maka pilihan mereka ialah membuat pekerjaan sendiri bagi menyara diri seperti beternak, bertani, menangkap ikan. Abu Zar misalnya menolak semua jawatan, memilih menjadi tukang anyam bakul bagi menyara hidupnya.

Ustaz Hadi adalah seorang tokoh besar ulama dan politik di peringkat nansional dan antarabangsa, pendakwah gigih, pernah menjadi Menteri Besar, berkelayakan untuk menjadi pentadbir. Semuanya bersetuju beliau diberi peranan.

Jika boleh diberi kebebasan untuk memilih kehidupan yang paling dekat di hatinya iaitu sebagai orang biasa yang kembali ke laut sebagai nelayan. Memang beliau dilahirkan dalam keluarga nelayan, besar sebagai keluarga nelayan. Walau pun sebok dengan hidup politik dan dakwah, tetapi ke laut dan menjala ikan tetapi menjadi hobinya dan ada kandang kambingnya sebagai tempat bersantai setelah penat kempen dan mengajar.

Jika tugas politiknya dapat dikurangkan, atau kewajipan itu dapat dipangku orang lain, tentu beliau ada masa yang selesa untuk mencandak sotong dan turun ke laut dalam menangkap ikan untuk keperluannya dan orang-orang sekelilingnya.

Mulanya saya tidak pernah memikirkan Ustaz Hadi patut lebih ke laut dari mengendalikan pemerintahan apabila Allah gilirkan bagi PAS untuk sama-sama memerintah. Keutamaan baginya di tempat pemerintahan ialah bagi memastikan tuntutan Islam itu berjalan sebaik-baiknya. Jika ada yang boleh mengendalikannya, maka pilihannya untuk ke laut seperti datuk-datuknya dulu dan saudara maranya.

Inilah pilihan yang dibuat oleh Rashied Ghanusi apabila Parti An-Nahzah memenang pilihan raya Tunisia baru-baru ini dan ini kaedah yang digunakan oleh Ikhwanul Muslimin yang menyertai pilihan raya Mesir sekarang. Pimpinan utama Ikhwan tidak menyertai pilihan raya pun, tetapi mereka memberi amanah kepada orang-orang yang dipercayai dapat memenuhi perjuangannya.

Kita boleh mengambil sikap terbuka boleh mengambil laluan yang diambil oleh rakan-rakan di Tunisia dan Mesir dan boleh menasihatkan Ustaz Hadi supaya menangguhkan dulu keinginannya menjadi nelayan penuh masa.

Mungkin buat masa terdekat ini ke laut itu jadi hobi seperti orang turun ke padang golf dan bermain tenis.

Saudara Ahmad Lutfi melalui http://www.detikdaily.net memaparkan tulisan SELENA TAY menyebutkan, bahawa orang Melayu sepatutnya terus mengundi PAS tanpa berfikir banyak-banyak lagi. Ini adalah kehttp://1.bp.blogspot.com/-N-ek4hsNNmw/TuNt9v5kDtI/AAAAAAAAFG0/4mdCpNANHbM/s1600/pok+nik2.jpgrana pemimpin-pemimpin PAS semuanya berwibawa dan mempunyai akhlak yang baik serta mengamalkan cara hidup yang sederhana sahaja. Semua pemimpin PAS peramah dan disenangi oleh semua lapisan masyarakat. Tiada seorang pun yang sombong, angkuh dan bongkak.

"Tetapi antara kesemua pemimpin PAS ada, saya merasakan tujuh daripada mereka wajar diberikan perhatian." Kata Salena Tay lagi.

Antaranya, menyebutkan,

1. Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat: Walaupun Tok Guru berusia 82 tahun, semangat perjuangan beliau masih lagi membara dan berkobar-kobar dalam perjuangan menentang Umno-BN. Sebagai Menteri Besar Kelantan sejak tahun 1990, beliau telah berjaya mengatasi banyak serangan yang bertubitubi oleh pihak lawan dan masih kuat bertahan lagi. Tok Guru seharusnya memimpin Kelantan sehingga Tuhan beri isyarat untuk berhenti. Tak usah pedulikan nasihat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyeru Tok Guru bersara.

2. Ustaz Abdul Hadi Awang: Presiden PAS yang mempunyai pemikiran yang berwawasan. Rakyat Terengganu disarankan memberi peluang sekali lagi kepada beliau untuk menjadi Menteri Besar memandangkan Umno telah diberi peluang begitu lama untuk mentadbir negeri Terengganu sehingga ada bumbung stadium yang runtuh dan dibina jambatan tanpa sungai yang merupakan sebahagian daripada Lebuh Raya Jabor. Kos pembinaan jambatan telah meningkat dari RM174 juta hingga RM210 juta manakala kos pembinaan lebuh raya tersebut dilaporkan telah meningkat dari RM3.7 bilion kepada RM5 bilion setakat ini. Begitu pandangannya.

Bekas Pesuruhusan ali pc 050112 01hjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali yang dipecat dari ahli PAS, sebelumnya mencadangkan supaya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai Perdana Menteri jika Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya dan jika Pakatan berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Sekiranya umur menjadi faktor penghalang, maka Hasan mencadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri kerana kedua-dua mereka adalah calon yang mampu dan berkelayakan.

Hasan berkata apabila memilih seseorang pemimpin, selain rekod prestasi mereka dalam kerajaan dan peringkat antarabangsa, latar keluarga mereka juga perlu diberi perhatian.

“Untuk jadi pemimpin track record mesti bagus, track record kita khidmat dengan kerajaan, swasta, di peringkat antarabangsa dan organisasi perlu diambil kira." Menurutnya.

Menurut Weblog Ibnu Hayim (A/Hadi, Menangkan Dulu, Itu Cakap Layak Jadi PM) "Dengan kenyataan Presiden PAS itu, jelaslah pada saya Ustaz Hadi layak jadi Perdana Menteri Malaysia, kalau PR tawan Malaysia.

"Kalau di Iran kuasa tertinggi adalah pimpinan ruhani Ayatullah, tetapi yang melaksanakan ialah presidennya Ahmadinejad, yang hidup secara sederhana.

"Apalagi bila saya sudah kenal peribadi-peribadi pemimpin PAS itu seperti Ustaz Abd Hadi dan Tok guru Nik Aziz yang tawadhu' dan hidup sederhana. Juga seperti Mohd Sabu, Datuk Husam dan lain-lain, maka layak sangatlah Pimpinan PAS dilantik sebagai PM samada sementara atau seterusnya, jika perlu.... Itu pandangan saya yang kerdil ini.. " Jelas editornya, Dr Hj Mohd Hasyim.

Begitulah kira-kira, bukan dibiarkan Presiden PAS kembali balik asal menjadi nelayan semula. (IH)

Sebelum ini...

4 comments:

Alhamdulillah said...

Mengapa Pas selalu mengangap IRAN itu negara contoh?

Tak tahukah kalian fahaman SYIAH tu macam mana? Hakikat sebenar IRAN itu macam mana?

Tak tahukah kamu DAJJAL di sebalik IRAN yang bertopengkan jubah dan serban.....

Nabi dah banyak kali berpesan...DAJJAL wujud di kalangan kamu (di kalangan orang Islam itu sendiri)

Syed Nazli said...

Tak salah untuk mengambil contoh yang baik dari sesiapa pun..

Anonymous said...

Dalam quran mana ada sebut Islam Liberal (DSAI).. Bukankah pemimpin yg melakukan dosa besar wajib diperangi? Wallahualam. Ya Allah bukakan hati kami untuk taat kepadaMU dan jauhilah kami dari pemimpin yang mengikuti umat luth.Amin..

Anonymous said...

Tuan Guru Abdul Hadi yang saya kenali adalah seorang yang rendah dan bercakap dengan ketaqwaan kepada ALQuran dan Sunnah Rasullah SAW.
Beliau bukan ahli politik cari makan.
Kalau beliau berkeras mahu menjadi nelayan selepas bersaraan dalam politik dengan Parti Islam kembali menguasai Terengganu dan Putrajaya, adalah wajar KUSZA melantik beliau sebagai profesor kanan dan pakar rujuk Ilmu Pengajian Islam.
Ini tidak bererti beliau tidak lagi memberi sumbangan kepada gerakan Islam.
Sebab kita semua tahu sumbangan dan kerja dakwah tidak ada penghujung kecuali panggilan malaikan maut.
Semoga Allah melahirkan lebih ramai hambaNya yang berjiwa tawadduk seperti Tuan Guru Abdul Hadi. Amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails