Thursday, January 12, 2012

Pendekatan Baru, PAS Terbit Filem, 'Orang Kuat UMNO'!

HALAMAN HIBURAN

IPOH, 12 Jan 12: Filem pendek berjudul 'Orang Kuat UMNO' terbitan Lajnah Penerangan PAS Perak kini mendapat sambutan hangat daripada masyarakat khususnya golongan muda. Filem yang mengambil masa seminggu ini telah menampilkan dua pelawak terkenal tanah air iaitu Bob Lokman dan Man Kadir yang lebih dikenali Pak Jabit.

Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Nuri Al-Amin berkata, walaupun filem ini tidak sampai dua hari ditayangkan, tetapi telah ditonton lebih 74,000 orang. "Filem ini sungguh menarik minat pengunjung media baru kerana penuh dengan fakta dan isu semasa," katanya.

Katanya, filem yang berbentuk ‘santai marhaen’ itu menggambarkan suasana orang kampung berbicara tentang isu semasa di negara ini seperti NFC, siapa gadai Melayu dan sebagainya.

“Filem ini bertambah menarik dengan telatah Bob Lokman dan Pak Jabit yang mencuit hati. Merekalah yang menghasilkan ‘mood’ dalam filem ini,” katanya.

Penghasilan filem itu, katanya tidak menelan belanja yang mahal, hanya mengeluarkan kos pengangkutan pelakon.

“Semua tenaga penghasilan filem ini seperti editor, jurukamera, dan pengarah adalah aktivis parti PAS Perak. Atas faktor inilah kos penghasilan sangat rendah,” ujarnya.

Tambahnya, ada beberapa filem pendek yang masih dalam proses pembikinan dan akan ditayangkan tidak lama lagi.

“Saya berharap medium baru ini dapat menarik minat masyarakat khususnya golongan muda bagi mendapat pemahaman sebenar kerana media arus perdana ketika ini sudah tidak dipercayai,” ujar beliau.

Kepada yang masih belum menonton video itu bolehlah ke channel yoperaktv dengan klik pada gambar di bawah.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah ini satu pendekatan baru PAS untuk menerangkan halatuju perjuangannya? Tahniah Man Kadir, kawan lama editor weblog ini.. Begitu juga Bob Lokman, dan rakan-rakan seperjuangannya yang menjayakan penerbitan filem ini. Teruskan!

Keluarkan lebih banyak lagi, kerana amat sedikir berbanding dengan UMNO yang memperalat media Malaysia memfitnah dan menghentam PAS siang malam. Kini, baru boleh ajar sikit UMNO pengkhianat Islam dan bangsa Melayu itu. (IH)

Klik video ini...

Orang Kuat UMNO

Sembang orang kampong tentang isu negara.

by yoperaktv 1 day ago 76,247 views

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails